Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday, 12 October 2013

Pilih ketua boleh majukan Puteri



Kuala Lumpur: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang melepaskan jawatan Ketua Puteri UMNO kerana melebihi had umur berharap ahli pergerakan itu memilih pengantinya yang ikhlas dan mampu membawa Puteri ke arah lebih baik.
Ketuanya, seperti yang selalu ditekankan kepada ahli pergerakan itu, pemimpin datang dan pergi tetapi parti dan perjuangan akan tetap kekal.
 
Sehubungan itu beliau berharap, sesiapapun yang dipilih untuk menerajui parti, biarlah dalam kalangan yang mampu meneruskan dan menambah baik segala usaha dan pencapaian yang dibina.

“Saya turut berharap Puteri terus bersatu dan percaya bahawa kekuatan dan keupayaan akan terletak pada hati yang bersatu dan tidak berbelah bahagi,” katanya.

Satu lawan satu

Hari ini, seramai 31,401 perwakilan Puteri memilih calon bagi mengisi jawatan Ketua dan Naib Ketua selain 20 jawatan EXCO pergerakan itu.

Sabah muncul negeri yang memiliki jumlah perwakilan tertinggi dengan 5,367 orang, diikuti Selangor (3,825), Terengganu (3,214), Kelantan (3,188), Johor (2,938), Kedah (2,576), Perak (2,207), Pahang (1,876), Melaka (1,670), Kuala Lumpur (1,287), Pulau Pinang (1,171), Negeri Sembilan (977), Perlis (894), Putrajaya (123) dan Labuan (88).
 
Jawatan ketua yang dikosongkan Rosnah akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara dua EXCO, Mas Ermieyati Samsudin dan Jamilah Hanim Othman, manakala jawatan naib ketua membabitkan pertandingan tiga penjuru antara Datin Norsabrina Mohd Noor, Zahida Zarik Khan dan Nazliah Ali.

Sedia beri komitmen

Mengulas calon yang bertanding pada pemilihan kali ini, Rosnah yang menawarkan diri bertanding jawatan EXCO Wanita UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) menyifatkan mereka sebagai individu yang berani tampil memikul tanggungjawab sebagai pemimpin di peringkat pusat.

Ini kerana, katanya kesanggupan calon menawarkan diri menunjukkan mereka bersedia memberi komitmen terhadap pergerakan itu.

“Kesemua mereka ini adalah layak untuk diangkat sebagai pemimpin bagi menerajui Puteri menjadi sayap yang sentiasa komited membantu parti dalam semua perkara.

No comments:

Post a Comment