Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday, 11 October 2013

Tiga Calon Dinamik Rebut Jawatan Tertinggi Puteri Umno

Norsabrina Mohd Noor

Seorang adalah dari golongan profesional, seorang lagi adalah artis popular manakala calon ketiga adalah ibu kepada empat orang cahaya mata.
Namun, ketiga-tiga calon yang bertanding dalam pemilihan pergerakan Puteri Umno ini adalah wanita ulung dan berkebolehan.
Datin Norsabrina Mohd Noor yang bertanding jawatan No.2 pergerakan Puteri Umno, boleh berbangga di atas pencapaian profesionalnya – beliau berkhidmat sebagai ketua eksekutif bukan saja satu tetapi lima syarikat berkaitan kerajaan negeri Kedah.
Norsabrina, 34, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baharu dan Exco Kerajaan Negeri Kedah merupakan seorang ahli biologi dan memulakan kerjayanya sebagai seorang eksekutif di Kulim Technology Management Sdn Bhd dan kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Urusan Kedah BioResources Sdn Bhd.
“Malah ketika Kedah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum 2008, bekas Menteri Besar Tan Sri Azizan Abdul Razak memutuskan untuk mengekalkannya menerajui syarikat itu,” katanya.

Jamilah Hanim Othman
Turut mengintai jawatan tertinggi dalam pergerakan itu adalah Jamilah Hanim Othman, seorang wanita yang berperwatakan menarik.
Ibu kepada empat anak yang berusia 38 tahun itu dan akan bertanding jawatan Ketua Puteri berkata beliau lebih suka orang mengenalinya kerana hasil kerjanya.
“Apabila orang ingin mengenali saya, mereka akan menyedari saya seorang yang tegas. Segelintir amat terkejut dengan perkara ini kerana penampilan saya dan fikir saya seorang pemalu,” kata Ketua Puteri Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan.
Sementara itu, bagi Anne Ngasri menggunakan kelebihan bergelar pelakon, selebriti, duta produk dan pengacara televisyen untuk mencuba nasib dalam dunia politik.

Anne Ngasri
Anne, 29, yang merebut jawatan Ketua Puteri Bahagian Bukit Bintang berkata beliau teruja untuk menjadi sebahagian daripada calon pada pemilihan parti kali ini.
Walaupun tidak berpeluang sepenuhnya untuk mempromosikan diri kerana baru saja melahirkan seorang bayi lelaki, ibu kepada lima orang cahaya mata itu bergantung kepada jentera partinya untuk mendekati pengundi.
“Ini adalah pengalaman menarik untuk saya. Apa saja keputusannya nanti, saya akan menghargai pengalaman mengambil bahagian dalam pemilihan parti walaupun hanya di peringkat Bahagian,” katanya.
Anne mendapat sokongan dan inspirasi daripada keluarganya terutama, suaminya Mohd Sumali Reduan yang juga Setiausaha Kerja Pemuda Umno.
Kakaknya yang juga seorang pelakon Nasreen, atau lebih dikenali sebagai Darling, kerap membantunya dalam berkempen.

No comments:

Post a Comment