Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday 12 October 2013

DEBARAN BERMULA : Dominasi Mas Ermieyati


KUALA LUMPUR: Calon Ketua Puteri, Mas Ermieyati Samsudin mendominasi pemilihan UMNO sehingga jam 3.45 petang tadi apabila mendapati 13 undian berbanding saingannya Jamilah Hanim Othman dengan 2 undi.


Bagi Naib Ketua Puteri, Norsabrina Mohd Nor dicabar hebat Zahida Zarik Khan apabila apabila mendapat empat undi berbanding sembilan undi manakala seorang lagi calon Nazliah Ali mendapat dua undi.

Ketua Pemuda pula didahului Khairy Jamaluddin dengan empat undian berbanding empat pencabarnya yang masih belum mendapat sebarang undian.


Bagi Ketua Wanita pula, penyandang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendapat dua undian berbanding dua pencabarnya. Manakala bagi jawatan Naib Ketua Wanita, Datuk Azizah Mohd Dun juga mendapat dua undian berbanding Datuk Suraya Yaacob. 

Naib Ketua Pemuda, daripada empat calon bertanding setakat ini Khairul Azwan Harun mendapat tiga undian manakala Mohamad Iruwan Zulkefli. 

Bagi Naib Ketua Puteri, Norsabrina Mohd Nor dicabar hebat Zahida Zarik Khan apabila apabila mendapat empat undi berbanding enam undi manakala seorang lagi calon Nazliah Ali belum mendapat sebarang undi.

No comments:

Post a Comment