Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 23 October 2013

Mukhriz-Hisham...mesra...bergurau di pertemuan pertama

sglimauw1-hishammukhriz1xx
Inilah gambar yang ramai tunggu nak tengok.Sejak pemilihan UMNO Sabtu lalu penamaan calon pilihanraya kecil Sungai Limau di Dewan Datuk Madi Yan pagi Rabu pertama kali temukan Datuk Mukhriz Mahathir dengan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.Kehadiran mereka berdua telah mencuri perhatian ramai di situ.
Sekalipun mereka berdua melalui pemilihan jawatan Naib Presiden UMNO yang sengit dan mendebarkan hingga ke saat akhir pengumuman keputusan...namun itu semua sudah berlalu.
Mukhriz dan Hishamuddin bertaut kembali dalam keluarga UMNO.
Hishamuddin menang 9 undi atasi Mukhriz namun dari segi undi popular Menteri Besar Kedah itu lebih sikit.

sglimauwmukhis2xxxx
Kedua mereka bersembang dan bergurau mesra.Malah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tersenyum melihat kemesraan mereka.
Turut hadir di pusat penamaan calon itu untuk mengiringi calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang berentap dengan calon PAS Azam Samat ialah dua lagi Naib Presiden Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal.

No comments:

Post a Comment