SALAH satu sebab kenapa penulis tidak begitu canggung dengan keputusan pemilihan UMNO semalam (walaupun ada yang tidak memuaskan hati), adalah kerana penulis diyakinkan bahawa tahun 2016 nanti akan ada pemilihan lagi – tidak akan ditangguh seperti mana yang berlaku dalam beberapa penggal yang lepas.
2004 – 2008 sepatutnya ada 2 pemilihan, begitu juga tempoh 2009 – 2013. Tapi sebab alasan pilihanraya, maka kita menerimalah keputusan untuk tidak mengadakan pemilihan setiap 3 tahun sekali.
Pada penulis, pemilihan 3 tahun lagi itulah yang penting kerana ia akan menyediakan parti dan BN untuk PRU14 pada tahun 2018. Pemilihan jawatan tertinggi yang tamat semalam (kalau tidak ada masalah dengan RoS), sudah selesai.
Cuma nak ulas sikit, majoriti rakyat melihat pemilihan kali ini tidak menunjukkan UMNO bersedia untuk berubah (terutama pada jawatan-jawatan tertentu) kerana jelas kelihatan disitu, UMNO seolah-olah tidak responsif dengan kehendak semasa - hanya kerana kita menang dalam PRU13 yang lepas.
Percayalah keadaan itu tidak akan kekal lama kalau UMNO masih di takuk sama kerana yang menjadi benteng pemisah antara menang dan kalah tempoh hari adalah kerana parti pembangkang tidak kukuh, selain benci majoriti besar orang Melayu kepada DAP itulah yang menghalang mereka dari menang lebih banyak.
Kemenangan lepas juga banyak dibantu oleh perubahan pucuk pimpinan negara yang membawa kepada pengenalan pelbagai program transformasi kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan dalam masa yang sama, seimbang dengan kemampuan kewangan negara.
But, what is done, is done, maka itu bolehlah semua yang menang memulakan tugas masing-masing, tak perlulah kita ganggu lagi sebab pemilihan ini dibuat secara demokrasi dan sistem pemilihan baru yang melibatkan lebih ramai ahli – bukan sekadar 2,000 lebih perwakilan seperti mana biasa.
Apa pun nak komen pasal pemilihan baru ini, yang penting ia jauh lebih bagus dari parti pembangkang. Sedar tak sedar, pemimpin-pemimpin tertinggi pembangkang (Ketua Umum, Mursyidul Am dan Setiausaha Agung), tak seorang pun yang dipilih secara terus oleh ahli parti, hanya parti UMNO saja.
Besarlah harapan ahli UMNO khasnya dan orang Melayu amnya, untuk melihat semua pemenang jawatan ini mampu membawa UMNO lebih maju lagi. PRU13 yang lepas memperlihatkan pemulihan UMNO yang bagus dari semua segi berbanding 2008, tapi dalam masa yang sama, parti-parti komponen, terutama MCA dan Gerakan menunjukkan penurunan sokongan yang ketara.
Apakah hala tuju kita selepas ini, masih berharap kepada parti komponen ini untuk mempertahankan jawatan atau UMNO perlu lebih kuat dari sekarang, dengan sasaran merampas kerusi majoriti Melayu yang kini dikuasai PAS dan PKR, atau bagaimana?
Inilah yang perlu dipersiap sediakan dari sekarang. Nak menang dah menang dah, so sekarang ahli UMNO nak tengok hasil atau 3 tahun lagi, lebih banyak perubahan akan berlaku.
Akhir kalam untuk sesi pemilihan ini, harapannya agar semua yang terlibat, ’kekal Melayu’ seperti mana yang kita boleh lihat sepanjang kempen berlangsung.
Jangan waktu kempen saja cakap pasal Melayu dan pertahan Melayu, habis kempen dan menang, jadi liberal balik, sokong LGBT, kebebasan media buta tuli dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment