Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 1 October 2013

Kos ambil alih semua lebuh raya RM400 bilion


Kerajaan tidak bercadang mengambil alih kesemua lebuh raya daripada syarikat konsesi kerana langkah tersebut membabitkan implikasi kewangan yang sangat tinggi iaitu sebanyak RM400 bilion.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, peruntukan sebanyak itu sebaliknya boleh digunakan untuk mengadakan program-program yang boleh memberi faedah kepada rakyat.

"Kerajaan tidak mampu mengambil alih kesemua lebuh raya memandangkan ia melibatkan implikasi kewangan yang sangat tinggi. Setelah diteliti, anggaran kos pengambilalihan adalah sebanyak RM400 bilion," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2013 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya dalam persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang sebelum itu bertanyakan sama ada kerajaan berhasrat mengambil alih semua lebuh raya dalam usaha mengurangkan bayaran tol dalam kalangan pengguna, selain mengelakkan syarikat-syarikat konsesi mengaut keuntungan besar akibat pertambahan jumlah trafik.

Dalam perkembangan berkaitan, Rosnah berkata, kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat konsesi menggunakan hasil kutipan tol untuk menaik taraf kemudahan di sepanjang lebuh raya demi keselesaan dan keselamatan pengguna.

"Melalui keuntungan kita menggalakkan mereka melaksanakan CSR (tanggungjawab korporat sosial) kepada pengguna seperti diskaun tol pada musim perayaan," katanya.

Menjawab soalan Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (Pas-Kuala Nerus) tentang langkah kerajaan memastikan syarikat konsesi tidak mengaut keuntungan berlebihan, Rosnah berkata, kementerian sentiasa memantau kesemua syarikat tersebut.

Jelas Rosnah, bagi lebuh raya baharu, kerajaan sedang menimbang untuk menjadikan kadar pulangan dalaman sebagai sebahagian syarat dalam perjanjian konsesi.

"Ini exit policy (dasar pemisah) kerajaan dalam memastikan syarikat konsesi sentiasa bertanggungjawab selain berusaha menstruktur semula lebuh raya," katanya.




No comments:

Post a Comment