Puteri UMNO akan memberi tumpuan untuk memenangi hati 11,000 pengundi
muda, terutama 5,600 wanita menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, 4 Nov
ini.
Ketuanya, Mas Ermieyanti Samsudin berkata pergerakan itu telah memperinci tugasan 500 anggota pergerakan itu, yang terdiri daripada 350 anggota negeri dan selebihnya dari pusat, bagi menjejaki setiap pengundi muda DUN Sungai Limau.
"Untuk pengundi muda yang menetap di Sg Limau, kami akan bertemu secara bersemuka, manakala bagi mereka yang berada di luar kawasan, kami akan menghubungi mereka melalui panggilan telefon," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Walaupun ini merupakan kali pertama Mas Ermieyanti menggalas tanggungjawab memimpin pergerakan itu dalam pilihan raya setelah memenangi jawatan Ketua Puteri pada 12 Okt lepas, beliau berkata pengalamannya sebagai Pengarah PRK Puteri UMNO sebanyak lapan kali sebelum ini telah memberinya pengalaman yang mencukupi untuknya mengepalai pergerakan itu pada PRK Sungai Limau kali ini .
Mas Ermieyanti yang juga anggota Parlimen Masjid Tanah berkata pengalaman itu akan digunakannya untuk merangka strategi bersesuaian bagi menambat hati pengundi muda.
Beliau berkata walaupun sibuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai anggota Parlimen, terutamanya dengan pembentangan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat ini, ia tidak menyukarkannya kerana turut dibantu timbalannya Zahida Zarik Khan.
PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian bekas Menteri Besar Kedah daripada PAS, Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang juga penyandang kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004, pada 26 Sept lepas.
PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, menentang calon Pas Mohd Azam Samat, 37.
Lagi http://www.umno-online.my/?p=94385

No comments:
Post a Comment