Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 3 October 2013

Apa masalah dia nih?? DAP gesa PM naik MAS bukan jet VVIP

  • Nga Kor Ming

    • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa menaiki penerbangan kelas pertama Malaysia Airlines System (MAS) bagi tujuan lawatan rasminya ke luar negara.

      Ahli Parlimen Taiping (DAP), Nga Kor Ming berkata, Perdana Menteri seharusnya mencontohi rakan sejawatnya, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang menaiki penerbangan Singapore Airlines bagi menjimatkan jutaan ringgit wang rakyat untuk membuat lawatan kerja ke luar negara.

      "Kerajaan membelanjakan RM28.8 juta sebagai kos sewa tahunan pesawat Perdana Menteri dan RM5.5 juta untuk menyelenggara pesawat jet VVIP tersebut.

      "Selain kos pesawat Perdana Menteri, kerajaan juga menanggung kos RM44.02 juta untuk membiayai kos lawatan luar negara Perdana Menteri sejak 2008," dakwanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

      No comments:

      Post a Comment