Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday, 9 September 2013

Hishamuddin tak gentar berdepan Isa dan Ali...

umno-hisham1xx
 Gambar diatas adalah suasana meriah merayakan kemenangan Datuk Seri Zahid Hamidi,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Naib Presiden UMNO semasa pemilihan parti itu Mac 2009.
Sudah lebih empat tahun berlalu dan kini tandatanya yang berlegar apakah ketiga-tiga mereka dapat kembali berdiri teguh diatas pentas pada pemilihan kali ini yang akan berlangsung pada 5 Oktober nanti.
Pengumuman dua otai setakat ini,Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam untuk masuk gelanggang merebut jawatan itu dan mungkin nanti turut disertai oleh Datuk Seri Musa Aman sudah tentu akan mencetuskan persaingan sengit.
Sistem pemilihan baru yang memberi kuasa kepada lebih 146,000 ahli UMNO seluruh negara memilih berbanding hanya lebih 2,500 perwakilan di masa lampau membuka ruang kepada pelbagai kemungkinan.
Apapun diatas kertas sebagai menteri pusat ketiga-tiga Zahid,Hishamuddin dan Shafie mempunyai advantage keatas Isa yang kini Ahli Parlimen dan Pengerusi Felda dan manakala Ali pula hanya bergantung atas tiket Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil dan Pengerusi PUNB saja.
Ramai pemerhati politik setakat ini berpendapat diantara tiga Naib Presiden itu Zahid nampak ' tak goyang'.Ini lebih-lebih lagi dengan ketegasannya dalam usaha memerangi jenayah sekarang.
Sebaliknya fokus ini lebih terarah pada kedudukan Hishamuddin yang kini Mneteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan serta  Shafie,Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Harapan mereka untuk mempertahankan jawatan boleh terjejas jika wujud sentimen kuat dikalangan ahli UMNO untuk membawa orang di luar kabinet ke dalam barisan Naib Presiden.

Apa agaknya perasaan Hishamuddin  dalam menghadapi pelbagai persepsi menjelang pemilihan yang mendebarkan itu.

Bercakap kepada wartawan pada majlis sambutan Merdeka Raya peringkat Parlimen Sembrong, di Kluang Ahad beliau tegas berkata tidak gentar berhadapan saingan dalam mempertahankan jawatannya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Isa dan Ali untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno.

Ketua UMNO Bahagian Sembrong itu berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada anggota parti dalam membuat pemilihan dan yakin mereka bijak membuat penilaian terhadap masa depan kepimpinannya.

"Perjuangan saya sudah bermula sejak 20 tahun lepas dari peringkat Bahagian sehingga Ketua Pemuda serta menerajui banyak kementerian. Yang penting, hati tidak boleh terhakis daripada Umno biarpun kalah atau menang.
"Dengan tambahan pihak yang mahu bertanding Naib Presiden, saya fikir ia tidak banyak bezanya berbanding (pertandingan) sebelum ini kerana yang penting keikhlasan saya bekerja sudah terbukti dan yang menentukannya adalah anggota parti,"

No comments:

Post a Comment