KOTA BHARU – Bendahari Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kota Bharu, Wan Salmiah Datuk Wan Abdul Ghani yang menawarkan diri bertanding sebagai ketua Puteri bahagian yang sama mempunyai visi untuk memperkasakan perjuangan sayap parti itu dengan lebih dinamik.
Menurutnya, pada masa yang sama sayap Puteri itu perlu meremajakan pergerakan bagi melonjakkan keyakinan ahli parti kepada kesinambungan perjuangan yang telah diasaskan pemimpin lama.
“Tanggungjawab untuk melonjakkan sokongan golongan remaja dan Puteri kepada sayap parti perlu diperjuangkan hingga ke akar umbi dengan lebih berani,’’ katanya demikian semasa melawat sambil menghulurkan bantuan hari raya dan kibarkan Jalur Gemilang kepada 96 penghuni Rumah Puteri Harapan, Taman Sabariah, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.
Wan Salmiah menjelaskan, Puteri perlu menjadi denyut jantung kepada usaha transformasi ke arah pembangunan minda bagi menjana keinsafan.
“Setelah beberapa lama berkecimpung dalam sayap parti itu, saya merasa berkewajipan untuk meneruskan perjuangan yang diwarisi oleh pemimpin lama kepada tanggungjawab yang semakin mencabar,’’ katanya.
Beliau berharap mesyuarat pemilihan parti khususnya sayap Puteri dapat dilaksanakan dengan semangat setia kawan.
Menurutnya, slogan mendekati orang muda dan meremajakan pergerakan itu perlu melangkah jauh ke hadapan memandangkan sesetengah golongan tersebut telah memperlekehkan sumbangan Umno.
No comments:
Post a Comment