Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday 13 July 2013

Tips Muhyiddin elak Dewan Undangan Negeri Terengganu tergantung 16-16

kb-16
Isu kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ‘tergantung’ terus jadi persoalan banyak pihak ketika calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Rahman dan lawannya dari PAS Endut@Azlan Yusof masing-masing disahkan SPR berentap di Kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Besut.
Walaupun keputusan PRK Kuala Besut dijangka memihak kepada BN berdasarkan majoriti 2,434 undi ketika PRU lalu namun jika PAS mampu buat kejutan di DUN Kuala Besut , ini meletakkan kedudukan kerusi DUN Terengganu dalam agihan 16:16.
Jika berlaku ianya boleh menyebabkan situasi politik yang tidak stabil serta tidak menentu malah bakal mencetuskan krisis perlembagaan yang membeir kesan kepada pembangunan negeri Darul  Iman itu.
Soalan ini juga dua kali ditanya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon PRK Kuala Besut di Kompleks Rakan Muda, Besut pagi Jumaat.
Mengelak semua kemungkinan hu ha politik berpanjangan, Timbalan Perdana Menteri memberikan ‘tips’ kepada lebih 17,000 pengundi di kawasan Kuala Besut...jawapan yang mudah adalah sokong BN!
Beliau enggan mengulas awal kemungkinan kedudukan DUN tergantung sebaliknya menyerahkan kepada pengundi-pengundi Kuala Besut tunjuk kebijaksanaan membuat kepuitusan mengenai spekulasi itu.
"Saya lebih ambil berat tentang kestabilan kerajaan negeri.
kbb-2xxcc

"Insya-Allah apabila BN menang maka politik di Terengganu akan lebih stabil disebabkan BN menguasai jumlah kerusi yang lebih besar seperti mana yang berlaku sebelum kematian Dr A Rahman.
"Jika tidak keadaan akan terumbang ambing...inilah situasi yang boleh kita ramalkan," katanya.
Dalam erti kata lain walaupun ini PRK tetapi bakal memberi implikasi besar kepada kedudukan politik Terengganu.
DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi dan menyaksikan BN menguasai 17 kerusi manakala pakatan pembangkang memiliki 15 kerusi (PAS 14, PKR satu).
Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Pengarah PRK BN Kuala Besut berkata, beliau yakin rakyat turut mahu mengelak berlakunya krisis Perlembagaan di Terengganu yang akan merencatkan pembangunan di negeri berkenaan.
"Sudah tentu dari segi soal kepentingan rakyat, ramai yang nak mengelak keadaan seperti itu berlaku. Bukan sahaja untuk Kuala Besut tapi seluruh Terengganu.
"Jawapan yang mudah ialah sokong BN, maka politik di Terengganu akan lebih stabil dan kita boleh teruskan semua usaha-usaha yang kita buat selama ini.
"Kalau tidak berlaku begitu, maka adalah kesan-kesan lain seperti Perlembagaan negeri, kedudukan raja, kestabilan politik serta kemungkinan pilihan raya baru perlu diadakan dan rakyat perlu keluar semula mengundi," katanya.
kbb5-okxx
Sehubungan itu, beliau sekali lagi meminta pengundi-pengundi mengulangi sokongan terhadap calon BN malah berharap pihak lain berbuat demikian kerana Tengku Zaihan adalah calon ‘Anak Ustaz, Profesional dan Ore Mudo,”.
Katanya BN tidak memandang remeh waktu berkempen dalam  bulan Puasa tetapi akan memastikan gerak kerja jentera parti yang berkesan dan berhemah.

No comments:

Post a Comment