PAS mensasarkan untuk membentuk Kerajaan Campuran jika berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut .
Calon PAS Azlan @ Endut Jusoh berkata, ianya berikutan kekuatan kedua-dua parti pada kedudukan yang sama.
"Rakyat lebih menyukai parti PAS jika dilihat dengan kehadiran penyokong pada hari ini.
"Harapan saya supaya kita menang kerana motif kita adalah 16-16 dan rakyat mahukannya." katanya kepada Rakyat News selepas pengumuman calon di Dewan Serbaguna Kompleks Rakan Muda Daerah Besut.

Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Azlan @ Endut Jusoh mewakili PAS.
Pengumuman rasmi calon yang bertanding itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A Rahim Yusof di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Kompleks Rakan Muda Daerah Besut pada jam 10 pagi.
SPR telah menerima pencalonan dari PAS pada sekitar jam 9:03 pagi diikuti wakil BN pada jam 9:10 pagi.
Tiada sebarang bantahan dari kedua-dua wakil calon tersebut.

No comments:
Post a Comment