Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday, 14 July 2013

Sungai yang sepi jangan disangka tidak ber'buaya'..

kb-suasana4xx
Anti klimaks... Berbeza dari anggapan awal berbagai pihak bahawa pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut ini pasti akan menjadi medan yang memanaskan suhu politik Malaysia selepas pilihanraya umum ke 13.
Ini mengenangkan situasi politik di Terengganu yang boleh jadi 50-50 gara-gara pilihanraya kecil kecil yang pertama ini.
Bagi kalangan wartawan dari Kuala Lumpur yang sudah ramai berkampung di Kuala Besut...suasananya setakat dua hari berkempen amat jauh dari jangkaan. Jika pusing-pusing sekitar pekan Kuala Besut, hanya nampak kibaran bendera yang menandakan ada PRK.
Tidak nampak deretan kereta petugas parti mahupun 'pelancong politik' seperti setiap kali ada PRK sebelum-sebelum ini.
Bendera yang berkibar itupun setompok-setompok di sana sini, sepanjang jalan di Kuala Besut.
Kedai-kedai makan hanya meriah selepas jam 10 malam, dan tidak banyak kedai yang buka sehingga awal pagi.
Mungkin kerana bulan Ramadan, dan kehangatan PRU13 masih baru dua bulan berlalu, jadi ramai yang malas ambik pot lagi.
Ada cakap-cakap bahawa penduduk Kuala Besut sendiri tidak ghairah sangat dengan PRK ini. Mungkin masing-masing sudah set siapa hendak mereka undi berdasarkan faktor PRU13 masih belum lama berlalu.

kb-suasana1xx

Kempen PAS lebih banyak hendak lagakan penyokong-penyokong Ketua Bahagian UMNO Kuala Besut Datuk Seri Idris Jusoh dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Nampak macam tiada isu tempatan langsung yang dibangkitkan pembangkang, kecuali mendakwa kononnya calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, merupakan calon Putrajaya.
Ini berikutan bekas Ketua Penolong Pengarah JPS itu berkhidmat di putrajaya sebelum dipanggil balik untuk menjadi calon PRK Kuala Besut.
Pun begitu, hujah pembangkang itu amat rapuh mengambil kira, Tengku zaihan, seorang anggota pentadbiran, anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut baru tiga bulan berpindah ke Putrajaya.
Beliau sebelum ini berkhidmat di Kuala Besut sebagai Jurutera JPS selama lima tahun.Isterinya, Siti Salbiah, seorang guru di sebuah sekolah menengah di Kuala Besut, masih belum bertukar ke Putrajaya.
PAS nampaknya amat ketandusan isu di Kuala Besut memandangkan jika diletakkan sebelah-sebelah calon PAS dan BN memang calon PAS kalah semua sudut.
Calon PAS Azlan @ Endut Yusof, 48, hanya seorang ahli perniagaan, manakala Tengku Zaihan, 37, adalah anggota kumpulan perkhidmatan profesional kerajaan.
Dari segi pendidikan dan pengalaman dalam pentadbiran memang Azlan jauh ketinggalan.
Setakat hari kedua kempen, belum ada ceramah besar dari PAS, mahupun kempen yang boleh dianggap gah.
Hanya ceramah oleh Pengarah PRK Kuala Besut PAS Datuk Husam Musa pada Jumaat malam.

kb-suasana2xx

Itupun dengan kehadiran orang ramai tidak lebih 1000 orang.
Pagi Sabtu, rakan media mengeluh sebab calon PAS tidak ikut jadual pergerakan calon yang diedarkan kepada wartawan sebelumnya.
Ada yang tunggu saja, masuk angin keluar asap, sebab empunya badan tidak muncul-muncul.
Dari segi permintaan penduduk pun tidak banyak, rata-rata yang ditemui, mahukan pembangunan di kawasan tersebut diteruskan selain menaik taraf beberapa kemudahan awam.
Antara yang paling popular jika ditanya "apa lagi nak di Kuala Besut" mereka jawab "Bank".
Rupa-rupanya di Kuala Besut hanya ada dua bank saja, Bank Agro dan Bank Simpanan Nasional.
Mereka berharap supaya bank-bank komersial yang besar-besar buka cawangan di Kuala Besut. Supaya mudah urusan mereka, yang sebelum ini terpaksa ke Jerteh untuk urusan kewangan.
Ramai yang 'merungut' kenapa bank komersial tak buka cawangan di situ memandangkan Kuala Besut merupakan laluan masuk ke destinasi pelancongan terkenal Pulau Perhentian, yang ada kalanya menyebabkan pelancong termasuk dari luar negara mengalami kesukaran mengeluarkan wang tunai.
Selain itu, bagi pekerja-pekerja sektor awam dan swasta yang terpaksa ke Jerteh lima enam kali sebulan untuk urusan kewangan, bagi mereka elok ada bank-bank besar di Kuala Besut yang pembangunannya kini makin mantap.
Agendadaily sempat tanya Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, yang memberitahu beliau sendiri ada dimaklumkan berkenaan masalah itu.
"Saya akan tengok apa boleh bantu," katanya yang sudah empat kali turun ke Kuala Besut sejak 26 Jun lalu.
Di kalangan wartawan sendiri, ramai yang menjangkakan suasana akan mula 'panas' selepas 18 Julai.
Ini kerana masa itu Dewan Rakyat dah tamat bersidang. Ramai YB-YB akan mula turut berkempen. Baik dari BN mahupun pembangkang

No comments:

Post a Comment