Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday 14 July 2013

TERKINI! HARAKAH KANTOIKAN CALON PAS

Sebelum ini PRK Kuala Besut dihidangkan dengan sedutan video Che Long, calon PAS DUN yang menimbulkan persoalan besar tentang keikhlasan beliau menawar diri sebagai calon pilihanraya.


Di antara komentar dalam Buletin On-line :

Belum menang dah buat disclaimer taknak buat tanggungjawab jadi wakil rakyat ke? takkan nak main upah orang lain pulak yg buat kerja wakil rakyat.. kalau nak main upah2, baik letak calon lain je yg boleh bagi komitmen sepenuh masa, tak sibuk sangat dengan bisnes di luar kawasan.

Video kenyataan calon PAS Kuala Besut



Yang memalukan ialah kenyataan calon PAS Kuala Besut itu untuk melepaskan diri daripada ketelanjuran mulut beliau sendiri.

Sebaliknya kontraktor kayu itu menyalahkan laporan media kerana didakwa memanipulasi kenyataannya berhubung perkara berkenaan. 
"Tunggu menang dulu, lepas itu baru kita tengok macam mana. 
"Maksud saya yang sebenar ialah apabila saya menang, saya akan lantik orang mewakili perniagaan saya. Saya akan menjadi wakil rakyat yang akan sentiasa turun dengan rakyat," katanya ketika ditemui sewaktu berkempen di sini, Ahad. 
Sebelum ini media rasmi PAS, Harakah Daily melaporkan kenyataan Azlan yang dikenali dengan panggilan 'Che Long' bahawa beliau bercadang melantik seorang wakil yang akan menguruskan perkhidmatannya semasa ketiadaannya dalam 'kawasan'.

Nampaknya, calon PAS itu telah terbelit dengan kata-kata beliau sendiri ! Dan 'media' yang melaporkan kenyataan calon itu adalah daripada lidah rasmi parti PAS sendiri!

Inikah sikap wakil rakyat yang mahu disokong oleh pengundi Kuala Besut?

No comments:

Post a Comment