Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday, 13 July 2013

Sah...tak ada 'orang ketiga' di Kuala Besut

kbb-1vvv
Nampaknya tiada siapa yang nak nak kacau daun jadi calon bebas pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.Dengan ketiadaan ' orang ketiga ' ini maka sah hanya BN dan PAS saja yang akan berentap.
Berbeza dengan kebiasaan pengesahan calon kali ini dibuat lebih awal.
Sepatutnya tempoh rasminya jam 11 pagi namun pengumuman pengesahan penamaan calon Barisan Nasional Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman,37 dan Azlan Yusof,48 dari  PAS dibuat pengurus pilihanraya A Rahim Yusof pada sekitar jam 10.25 pagi.

Ini kerana waktu bulan puasa dan kemudahan penyokong parti menunaikan solat Jumaat.

Sekalipun diwarnai oleh jerit pekik penyokong seperti biasa namun proses penamaan calon Dewan Serbaguna Kompleks  Rakan Muda Daerah Besut berlangsumg aman.
Kira-kira 3,000 penyokong BN yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengiringi Tengku Zaihan.Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said,Ketua UMNO Bahagian Datuk Seri Idris Jusoh,Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Azlan pula diiringi oleh sekitar 1,500 penyokong pakatan pembangkang diketuai Datuk Seri Haji Hadi Awang.Turut serta Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

No comments:

Post a Comment