Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday, 28 July 2013

Pemilihan UMNO: Tanda tanya tarikh-tarikh penting terjawab...

najib-muhyidin-kunan
SENARAI PENUH PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI DI DALAM
 Ini tarikh-tarikh penting berkaitan dengan pemilihan UMNO 2013, yang sebelum ini ditunggu-tunggu banyak pihak.
Pendaftaran calon yang hendak tawar diri bertanding untuk jawatan di peringkat Bahagian, sayap-sayap Wanita,Pemuda dan Puteri dan Majlis Tertinggi UMNO (MT) adalah pada 7 September. 

Pemilihan jawatan sayap Wanita,Pemuda dan Puteri ialah pada 28 September.Ia dibuat secara berasingan dengan pemilihan jawatan peringkat Bahagian dan MT yang akan diadakan pada 5 Oktober.

Manakala Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini pula akan diadakan dari 2 sehingga 7 Disember 2013.

Ini semua diumumkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di PWTC petang Jumaat.

pm-puasa11xx

Menjawab soalan Najib menjelaskan  setiap orang hanya boleh tawar diri jadi calon untuk bertanding SATU jawatan di peringkat Majlis Tertinggi sahaja.

Ini bermaksud mereka yang tawar diri untuk tanding Ahli Majlis Tertinggi tidak boleh tawar diri lagi tanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Beliau turut melahirkan harapan agar para pemimpin yang dipilih menerusi sistem baru kali ini adalah mereka yang dapat cerminkan imej positif parti dikacamata rakyat.

Katanya apa yang penting mereka bukan sahaja berjaya dalam UMNO tetapi juga untuk pilihanraya umum akan datang.

Menurutnya untuk tujuan berkenaan rakyat harus selesa dengan pemimpin yang dipilih.

pm-puasa1yyy

SEMENTARA ITU, Najib turut mengumumkan perlantikan enam Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang baru.
Bagi Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim diumumkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO yang baru.

Ini bermakna beliau kembali pegang jawatan itu yang pernah disandangnya semasa menjadi Menteri Besar Perlis dulu.

Jawatan itu sebelum ini dipegang oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Isa Sabu.

Di  Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dilantik memegang jawatan berkenaan.

Di Selangor pula Datuk Seri Noh Omar yang sebelum ini Timbalan Pengerusi Perhubungan kini menjadi Pengerusi.

pm-puasa2yy

Sebelum ini jawatan berkenaan disandang oleh Najib sendiri..

Di Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga kembali memegang jawatan berkenaan.

Sebelum pilihanraya umum ke 13 ia disandang oleh Datuk Seri Raja Nong Chik.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron mengetuai jawatan itu di negerinya dan begitu juga bagi Johor, Datuk Seri Khaled Nordin.

Lain-lain Pengerusi Perhubungan kekal seperti yang sebelumnya.
Selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO,Najib serta para pemimpin UMNO yang lain hadiri majlis berbuka puasa dan  kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di Surau Ar-Rahman PWTC.
Terdahulu, Najib menyampai sumbangan duit raya kepada 150 anak yatim dari 15 rumah anak yatim di sekitar Lembah Klang.

pm-puasa3yyy

SENARAI PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI-NEGERI
Perlis:
Pengerusi - Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan - Wan Azlan Man
Kedah:
Pengerusi - Datuk Mukhriz Mahathir
Timbalan - Datuk Ahmad Bashah Hanipah
Kelantan:
Pengerusi - Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan - Datuk Dr. Awang Adek Hussain
Terengganu:
Pengerusi - Datuk Ahmad Said
Timbalan - Datuk Seri Idris Jusoh
Pulau Pinang:
Pengerusi - Datuk Zainal Abidin Othman
Timbalan - Datuk Dr. Hilmi Yahaya
Perak:
Pengerusi - Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir
Timbalan - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Pahang:
Pengerusi - Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan - Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin
Selangor:
Pengerusi - Datuk Seri Noh Omar
Timbalan - Datuk Abdul Shukor Idrus
Wilayah Persekutuan:
Pengerusi - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan - Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Negeri Sembilan:
Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Hassan
Timbalan - Datuk Seri Shaziman Mansor
Melaka:
Pengerusi - Datuk Idris Haron
Timbalan - Datuk Ahmad Hamzah
Johor:
Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin
Timbalan - Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad
Sabah:
Pengerusi - Datuk Seri Musa Aman
Timbalan - Datuk Salleh Tun Said Keruak

No comments:

Post a Comment