Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 18 July 2013

Dakwat kekal baru ada 'magik'... muncul semula lepas cuci...

dakwatkekal513 
Selepas berdepan kritikan dan tohmahan pembangkang berikutan penggunaan dakwat kekal yang didakwa tidak kekal pada PRU 13, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan pembaharuan pada dakwat yang akan digunakan di PRK Kuala Besut.

Jika sebelum ini dakwat dijari dikatakan hilang atau tanggal selepas dicuci, namun dakwat yang digunakan kali ini akan 'muncul semula' dijari selepas dicuci.
Dalam PRK Kuala Besut juga, pengundi perlu mencelup jari ke dalam botol dakwat bukan lagi dicalit dengan dakwat seperti kaedah digunakan pada PRU lalu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, setelah dicelup, dakwat kekal itu perlu dibiarkan lebih kurang 30 saat untuk kering.

"SPR mendapati jika dakwat kekal itu dicuci, warnanya akan muncul semula," kata Aziz dalam kenyataan selepas simulasi penggunaan dakwat kekal kepada wakil media di Pejabat Daerah Besut, Khamis.

Katanya, SPR sudah menghantar contoh dakwat kekal itu kepada Jabatan Kimia untuk diuji aspek kandungan bahan-bahan yang digunakan tidak memudaratkan kesihatan.

"SPR juga telah menerima keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan penggunaan dakwat itu tidak melanggar hukum syarak," ujar beliau lagi.

Dakwat kekal itu akan digunakan semasa pengundian awal pada 20 Julai dan pengundiaan biasa pada 24 Julai nanti.

Seorang wakil media yang mencuba dakwat kekal itu menunjukkan perubahan warna dakwat yang lebih likat atau jarinya bertambah gelap selepas mencuci jarinya.

Perubahan warna lebih ketara dapat dilihat selepas sejam dakwat dijarinya dicuci.

Agendadaily difahamkan dakwat terbaru ini bukan jenis yang digunakan pada PRU lalu.

No comments:

Post a Comment