Kehangatan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut semakin
terasa sebaik tempoh kempen memasuki hari kelima semalam kerana lokasi
tumpuan ramai kini dipenuhi bendera parti bertanding.
Malah, tempoh kempen PRK yang sedang berlangsung juga turut menarik tumpuan masyarakat luar untuk berkunjung ke Kuala Besut bagi melihat sendiri suasana dan kemeriahan di kawasan yang sememangnya terkenal dengan perkampungan nelayan itu.
Seorang penduduk, Rohani Ali, 47, berkata, PRK turut menyebabkan kesesakan yang agak luar biasa di Kuala Besut kerana rakyat dari seluruh negara tertumpu di lokasi tersebut.
“Kebanyakan yang datang ke Kuala Besut ini ialah orang luar yang mahu melihat kemeriahan pilihan raya dan ingin memberikan sokongan kepada parti pilihan mereka menang dalam pertembungan sengit ini," katanya.
Menurutnya, sikap profesional penyokong yang memasang bendera parti berdekatan antara satu sama lain juga wajar diberi pujian, sekali gus mempamerkan sikap matang dimiliki masyarakat hari ini.

No comments:
Post a Comment