"Disebalik kritikan dan tidak puas hati rakan sepasukan, akhirnya saya
tetap dipilih menjadi Menteri Besar Selangor juga,". Demikian ulas Tan Sri
Khalid Ibrahim selepas hampir seminggu memegang tampuk kepimpinan negeri
Selangor.
Ternyata Azmin Ali bukan tarungan yang hebat buat Khalid yang mempunyai
populariti tersendiri. Khalid tidak gentar dengan apa jua desakan Azmin kerana
dia sedar dan tahu akan kelemahan Azmin yang menjadi asas untuk tidak dilantik
menjadi MB Selangor.
Ini juga jelas, barisan kepimpinan di Selangor menolak Azmin kerana imej
dan moral yang boleh menjadi kudis dalam pemerintahan Pakatan di Selangor. Apa
yang jelas, Azmin tidak berkuasa untuk memimpin Selangor, Anwar juga tidak
berkuasa mengatur kepimpinan Selangor kerana kuasa Sultan masih diutamakan
berbanding kuasa diktator seperti Anwar dan Azmin.
No comments:
Post a Comment