Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday 21 April 2013

PRU-13: Mas Ermieyati anggap pencabarnya sebagai adik



ALOR GAJAH 21 April - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin tidak gentar berdepan Setiausaha Akhbar Presiden Pas, Mohd. Nasaie Ismail sambil menganggap calon Pas itu sebagai adik.

Menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO negeri itu, bagaimanapun beliau percaya Mohd. Nasaie yang berusia 29 tahun mempunyai kelebihan sendiri namun beliau akan bersaing secara sihat tanpa melibatkan serangan peribadi atau taktik kotor.

"Dia baru berusia 29 tahun, antara saya dan dia mempunyai kelebihan masing-masing untuk menawan hati masyarakat dan saya anggap dia seperti adik, saya juga minta dia panggil saya kakak.

"Saya akan melipatgandakan usaha meraih undi bermula hari ini dan langkah pertama adalah berjumpa masyarakat bagi memperkenalkan diri selain memberitahu agenda saya sekiranya dipilih mewakili kawasan ini," katanya ketika ditemui selepas penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Daerah Alor Gajah, di sini semalam. - UTUSAN ONLINE


No comments:

Post a Comment