Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday, 1 March 2013

Silap Rangka Manifesto Tidak Pelik Sebab Bagi Pembangkang Manifesto Bukan Janji


” Bukankah manifesto bukan janji… sebab itulah saya tidak pelik apabila terdengar kontroversi berhubung kesilapan dalam manifesto terbaru Pakatan Pembangkang berhubung isu royalti minyak di Terengganu dan Kelantan”, kata Ketua Pemuda UMNO Terengganu Saiful Bahri Baharuddin. 

Menurut beliau itulah natijahnya apabila menifesto dianggap sekadar penyeri dan propaganda kosong dalam usaha memujuk rakyat untuk tertarik ke arah mereka sedangkan ianya adalah sesuatu yang cukup serius.
“Manifesto bukan janji….Sebab itu saya lihat ia hanya sekadar gula-gula kepada rakyat. Tidak serius pun. Jika benar-benar serius takkanlah kesilapan berkenaan boleh berlaku. Biarpun penjelasan telah diberikan, ianya sedikit sebanyak telah menimbulkan pelbagai tafsiran.
“Justeru bagi saya tidak peliklah kesilapan sedemikian berlaku dalam manifesto mereka. Mungkin dibuat dalam tergesa-gesa dan tidak cermat menyebabkan timbulnya kontroversi sedemikian,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Saiful yang juga Ketua Pemuda UMNO Marang seterusnya menambah berbanding dengan manifesto BN, kerajaan akan melaksanakan yang terbaik untuk rakyat sepertimana yang terkandung di dalam manifesto tersebut.
“Kita janji dan kita tunaikan…..Tidak sepertimana mereka parti pembangkang. Kita tengok bagaimana pelbagai kontroversi timbul di Selangor.. saman ibu tunggal terhadap kerajaan negeri..saman warga emas terhadap kerajaan negeri dan lain-lain lagi.
“Sehubungan itu apa yang berlaku terhadap manifesto pembangkang hari ini sewajarnya menjadi penilain terbaik untuk rakyat agar mereka tidak tertipu dengan manifesto…Perlu ingat manifesto bukan janji,” ujarnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment