Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday 1 March 2013

Manifesto pembangkang ibarat akhbar lama



SHAH ALAM – Manifesto pakatan pembangkang ibarat surat khabar lama kerana ia merupakan ulangan semula janji-janji yang masih gagal dikotakan, kata Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed (gambar).


Beliau berkata, janji yang dibuat adalah perkara yang masih tidak ditunaikan seperti pendidikan percuma walaupun pakatan pembangkang telah memerintah hampir lima tahun di Selangor.
“Jika diteliti dalam manifesto lepas di Selangor sahaja, saya rasa mereka hanya realisasikan lebih kurang 15 peratus daripada keseluruhan janji manis yang dibuat malah dengan berani Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata manifesto bukanlah satu akujanji,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Mohd. Zin berkata, manifesto pakatan pembangkang jelas membabitkan kos yang tinggi dan mempersoalkan kemampuan mereka melaksanakannya.


No comments:

Post a Comment