Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday, 23 February 2013

Kecelaruan Dalam Pakatan Pembangkang Isyarat Mereka Tidak Selari

Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan melihat kecelaruan di kalangan parti pembangkang menjelangnya pilihan raya umum ini menunjukkan kepada rakyat mereka tidak serasi.

Menurut beliau apa yang berlaku itu juga menunjukkan masing-masing mahu menjadi juara dan bukannya meletakkan agenda untuk kepentingan rakyat sekaligus boleh dibuat kesimpulan bahawa mereka tidak bersedia untuk menerajui negara.

“Apa yang berlaku ini menunjukkan mereka tidak serasi. Masing-masing mempunyai agenda. Tidak ada hasrat mendahulukan rakyat selain membangunkan negara. Masing-masing mahu menjadi juara semata-mata.

“Untuk menutup segala yang terdedah itu pada kaca mata rakyat, mereka hari ini menggunakan pelbagai kaedah bagi menunjukkan kesatuan di kalangan mereka yang makin kucar-kacir,” katanya kepada UMNO-Online, hari ini.

Sambil menyifatkan apa yang berlaku itu akan berterusan, beliau seterusnya menambah perkembangan mutakhir itu adalah satu petunjuk kepada rakyat bahawa apa sahaja boleh berlaku di dalam hubungan parti pembangkang terbabit.

“Saya percaya perkara ini akan berterusan bukan sahaja menjelangnya pilihan raya umum ke-13, malah selepas pilihan raya pun mereka akan terus celaru. Ini hanyalah sebahagian isyarat awal ke arah itu.

“Berbanding kita dalam Barisan Nasional (BN) segala-galanya adalah untuk rakyat dan negara dengan meletakkan agenda pembaharuan demi kepentingan bersama. Kita yakin rakyat akan melihat melihat dan membuat perbandingan mengenai soal ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment