Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday, 23 February 2013

Anwar Dan Sifat Sesumpah Tidak Dapat Dipisahkan

Bagi mereka yang mengenali Anwar Ibrahim sudah pasti akan dapat menghidu sikap sesumpah ketua pembangkang ini malah Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sendiri pernah menyifatkan Anwar sebagai sesumpah.

Tun Mahathir melabelkan Anwar demikian ketika sidang media selepas majlis taklimat khas kepada kira-kira 250 pemimpin PERKASA seluruh negara pada Februari tahun lalu malah sebelumnya, gelagat ‘sesumpah’ Anwar pernah diingatkan oleh bekas Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik ketika berucap di Jalan Padang Tembak, Air Itam, Pulau Pinang pada 2008.

Selaras dengan itu, EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam tidak hairan dengan Anwar Ibrahim yang sentiasa berubah pendirian mengikut keadaan dan situasi untuk mengambil kesempatan keadaan sekelilingnya.

“Anwar akan menukar dirinya mengikut setuasi. Kalau dia dengan kaum Cina, dia hentam Dasar Ekonomi Baru. Kalau dia dengan India, dia menjadi (seperti orang) India, kalau bersama Muslim, dia bercakap tentang Islam. Gelagat Anwar ini penuh tipu muslihat. Rakyat harus berhati-hati dengan sesumpah politik ini,” katanya.

Menyingkap antara sifat ‘sesumpah’ Anwar adalah perancangannya menukar kerajaan yang sah pada 16 September 2008. Ucapannya dalam satu majlis di Jakarta pada tahun berkenaan adalah mengumumkan dengan bangganya untuk merehatkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya tetap pada target saya, 16 September menjadi waktu untuk mengistirehatkan Badawi. Untuk itu, saya rileks sebentar sehari lompat ke Jakarta, berdiskusi dan bertemu dengan sahabat-sahabat saya di Indonesia,” kata Anwar yang dipetik oleh wartawan akhbar republik itu. Namun semua maklum itu hanya impian dan pembohongannya sehingga hari ini.

Blog terkemuka Amerika, The New Ledger pernah melondehkan lagi tembelang Anwar di luar negara dan antara artikel dalam blog tersebut mendedahkan betapa Anwar sebelum ini yang dalam ‘pelarian’ ke AS telah mewujudkan hubungan baik dengan tokoh-tokoh ‘American Jews’ (Yahudi Amerika) seperti Paul Wolfowitz dan Al Gore. Anwar benar-benar ‘manis mulut’ ketika itu. 

Begitulah akrabnya Anwar dan Yahudi. Tapi itu adalah ketika Anwar di luar negara. Apabila dia kembali ke Malaysia, sikapnya berubah menjadi sebaliknya.

“Menyedari rakyat Malaysia tidak suka dengan Yahudi maka Anwar terpaksa bertukar warna seakan-akan anti Yahudi dan Amerika apabila berada dalam negara. Jangan kita lupa ketika Anwar aktif bersama ABIM, dia sebenarnya dijangka menyertai Pas kerana Anwar adalah anak angkat kepada Allahyarham Yusof Rawa, seorang tokoh Pas yang terkenal.

“Tapi bila Tun Mahathir mengundang Anwar masuk UMNO, dia dikatakan memujuk rakan-rakannya dalam ABIM dan Pas kononnya dia masuk UMNO sebab nak putihkan UMNO. Pada UMNO pula dia kata dia masuk UMNO sebab percaya pada perjuangan UMNO memertabatkan Islam, Melayu dan Malaysia. Lihatlah sifat Anwar ini,” ujarnya.

Tambah beliau, satu lagi contoh terbaik adalah pengakuan Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad Khalid berkenaan dakwaan Anwar mengawal lebih 20 akaun membabitkan nilai RM3 bilion semasa menjadi Menteri Kewangan. Sehingga kini Anwar tidak mampu untuk menjawab isu ini dan terus berdolak dalik untuk melindungi segala ‘warna’ yang ada pada dirinya.

“Kini, menjelang PRU-13, sifat sesumpah Anwar lebih ketara. Oleh itu, rakyat harus terus berwaspada dengan sifat licik Anwar yang suka menangguk di air keruh. Apatah lagi apabila isu kalimah Allah menjadi kontroversi.

Tambahnya, untuk mendapatkan undi orang Kristian, Anwar sanggup menggadaikan agama Islam.
 
“Kita rakyat Malaysia yang waras, janganlah meniru dan menyokong Anwar kerana agama Islam bukan untuk dipolitikkan dan jangan kerana mahu berkuasa, agama dipertaruhkan,” tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment