Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday, 5 January 2013

Takziah : Pahlawan Negara Kanang Anak Langkau Meninggal Dunia









Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh warga Ibu Pejabat mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga Pahlawan Negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau yang meninggal dunia di Hospital Umum, Kuching di sini, dipercayai akibat serangan jantung, jam 1.45 pagi tadi.

Kanang, 65, adalah anak Sarawak yang menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) .

Kanang meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi selepas dikejarkan ke hospital dengan ambulans apabila beliau mengadu mengalami kesukaran bernafas dan pengsan di rumah pada kira-kira tengah malam, kata isterinya, Datin Brawang Chunggat.

Katanya, beliau dan keluarganya masih terkejut atas kematian mengejut suaminya itu kerana beliau tidak pernah mengadu sakit dan dalam keadaan sihat.

Kanang, seorang pegawai waran bersara, adalah penerima terakhir Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) –  anugerah tertinggi untuk keberanian negara – yang masih hidup.

No comments:

Post a Comment