Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) hari ini menuntut kerajaan
negeri untuk tidak lagi bermain wayang atau memperbaharui janji-janji
palsu mereka khususnya dalam pemberian air percuma kepada rakyat negeri
Selangor.
Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kegagalan Selangor
mengotakan janji dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum 2008
sebagai ‘senjata makan tuan’ dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13
akan datang.
“Jika kita perhalusi satu-persatu janji-janji mereka manifesto
pembangkang (sebelum PRU12) di Selangor, mereka gagal kotakan janji.
Malah mereka juga kini mengatakan bahawa manifesto bukannya
janji. Contohnya dalam isu air yang melanda Selangor dan Lembah Klang
hari ini, GPRS menyifatkan kerajaan negeri bersikap tidak acuh dalam
menyelesaikan kemelut tersebut.
“Kerajaan negeri seolah-olah tidak serius. Kerajaan persekutuan sudah
mewujudkan jawatankuasa khas bagi memantau kemelut air,” ujarnya ketika
ditemui bagi mengulas kemelut terkini isu air di Selangor dan Lembah
Klang.
Tambahnya, pembangkang hanya pandai menabur janji namun gagal melaksanakannya dengan baik.
“Daripada banyak-banyak ini (janji)… apa pun yang dibuat hanya ala kadar. Kalau janji nak bagi air percuma, dipilih-pilih.
“Kalau nak bagi pelajar universiti RM1,000 seorang seperti yang
dijanjikan dalam manifesto lalu, akhirnya dia (kerajaan negeri)
mengatakan keluarga pelajar yang berpendapatan RM1,500 ke bawah sahaja
(yang menerima). Bagaimana pula janji dengan anak-anak di Taska dan
bantuan elaun kepada golongan ibu tunggal,” tambahnya yang juga Ketua
Pemuda UMNO Selayang.
Dalam masa yang sama, Sohaimi melihat kedegilan kerajaan negeri untuk
menyelesaikan isu air ini tidak mustahil akan membawa kepada
kesengsaraan berulang kepada penduduk terlibat khususnya di negeri
Selangor ini.
“Saya cabar kerajaan negeri untuk membentangkan cadangan utama
(master plan) dalam menangani masalah air ini daripada terus berdolak
dalih mengeluarkan kenyataan politik dengan menuding jari menyalahkan
pihak lain.
“Kita sebagai rakyat negeri Selangor perlu menilai kepimpinan
kerajaan negeri yang ternyata gagal memberikan khidmat terbaik
lebih-lebih lagi dalam memastikan keperluan asas rakyat mencukupi dan
tidak membebankan rakyat,” ujarnya lagi. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment