Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus
Khairuddin bukan sahaja tidak terkejut malah turut mempersoalkan
keputusan terbaru pemilihan DAP apabila Zairil Khir
Johari, yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki
kedudukan 20 dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).
Soal beliau apakah keputusan berkenaan bertujuan untuk mengelakkan
pelbagai tanggapan yang timbul setelah semua calon Melayu kalah dalam
pertandingan untuk jawatankuasa ekselutif parti berkenaan sebelum ini
yang menarik tumpuan umum.
“Menyangkut kenyataan terbaru ini saya kira ianya bukan setakat silap
mata malah wayang kulit yang kononnya mereka ‘transparent’ dan tidak
cauvunis.. Bagi saya ini kosmetik semata-mata dan langsung tidak
menggambarkan apa yang sebenarnya.
“Orang terdesak sanggup lakukan apa sahaja…Namun apa pun perkembangan
terbaru hari ini menimbulkan pelbagai persoalan dan tidak pelik dan
sedikit pun tidak mengejutkan. Apa pun rakyat boleh nilai dan boleh
tengok sendiri apa yang berlaku itu,” katanya kepada UMNO-Online, di
sini, hari ini.
Fairus seterusnya menambah menjelangnya pilihan raya umum nanti akan
banyak lagi perkara-perkara yang berlaku semata-mata untuk memancing
undi dan kepentingan politik mereka.
“Bukankah pelbagai tanggapan timbul sebelum ini dan hari ini saya
kira ianya tidak akan menghakis segala tanggapan yang timbul…..malah
mungkin akan menambahkan lagi pelbagai tanggapan baru pula kelak,”
katanya.
Memetik laporan Mstar, DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti baru-baru ini.
Dalam keputusan yang dipinda, Zairil Khir Johari, yang pada mulanya
berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20 dalam jawatankuasa
eksekutif pusat (CEC).
Vincent Wu, yang pada mulanya diumumkan mendapat tempat keenam dengan
1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti mendakwa beliau
sebenarnya hanya meraih 669 undi.
Zairil, yang sebelum ini dikatakan mendapat 305 undi, sebenarnya telah mendapat 803 undi, meletakkannya pada kedudukan 20.
Pengarah pilihan raya DAP Pooi Weng Keong berkata mereka membuat pindaan mengikut pengauditan dalaman dan luaran. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment