Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari
ini dipersoalkan lagi berhubung isu kalimah penggunaan nama Allah yang
cuba ditimbulkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
baru-baru ini.
Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata
apakah Anwar terjerat dengan gaya politik sesumpahnya setelah sehingga
ke hari ini pendirian rasmi berkenaan perkara tersebut masih lagi
menjadi tanda tanya kepada umum.
Soal beliau lagi apakah gara-gara untuk menjaga hati DAP dan Pas,
maka Ketua Pembangkang berkenaan mengambil jalan selamat dalam usaha
memastikan politik parti berkenaan khususnya kalangan pembangkang tidak
diperkatakan pelbagai pihak.
“Apakah beliau terjerat dengan gaya politiknya sendiri sehingga
menyebabkan isu ini masih lagi sepi hingga ke hari ini. Inilah yang
menjadi persoalan umum.
“Apa pun saya tidak pelik…. Anwar sememangnya mengamalkan politik
sesumpah dan kini terpaksa bersilat kerana makin terjerat dengan
permainan politik kiri makan, kanan makan. Jadi kita tidak pelik dengan
apa yang berlaku ini,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Mengulas lebih lanjut Ustaz Afandi seterusnya berkata isu kalimah Allah ini adalah isu agama dan sepatutnya perlu didahulukan.
“Takkanlah perlu ada mesyuarat bersama dengan rakan pakatan
pembangkang lain dalam isu seumpama ini. Sepatutnya Anwar sekadar
berbincang dengan tokoh agama dan ulama yang diwar-warkan berada di
dalam Pas dan sebagainya.
“Itu yang sepatutnya jika Anwar ingin mengambil ketetapan bersama.
Takkanlah bincang dengan orang yang tidak sepatutnya. Inilah pada bila
amalkan politik sesumpah, kiri makan kanan pun makan,“ katanya. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment