KUALA LUMPUR 25 Jan – Rakyat Kelantan boleh menilai serta melihat
bagaimana janji kerajaan pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN)
berbanding dengan kerajaan negeri yang sekadar hanya gah pada gimik
semata-mata walaupun setelah berpuluh tahun memerintah negeri itu.
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Annuar Safian berkata apa yang kerajaan
Pas umum dan lancar sebelum ini seolah-olah tidak ada kesinambungan mahu
pun isi yang benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat negeri
berkenaan.
Justeru beliau dengan rendah hati menyeru rakyat negeri terbabit
memperhalusi janji yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak yang dilihat secara menyeluruh dan untuk kepentingan rakyat
Kelantan.
“Kita kira janji itu meliputi orang muda, dewasa, golongan
pertengahan dan pelbagai peringkat lain. Itulah gambaran komitmen
sebenar BN untuk sama-sama membawa perubahan dan kemajuan di negeri ini
bersama rakyat Kelantan.
“Perumahan rakyat contohnya adalah keperluan terdesak yang memerlukan
perhatian serius kerajaan….Begitu juga soal masalah air yang memerlukan
tindakan secepat mungkin.
Sampai bila keadaan itu berlarutan. Pembinaan
stadium baru pula boleh dikatakan menjurus kepada kepentingan orang
muda..tidak terkecuali ianya adalah untuk seluruh rakyat Kelantan yang
hari ini rata-rata cukup minat dengan kebangkitan bola sepak pasukan
Kelantan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kubang Kerian seterusnya menambah
begitu juga soal pembinaan lain seperti masjid dan sebagainya.
“Kesimpulannya inilah masa terbaik untuk rakyat Kelantan bersama-sama
membawa perubahan. Janji BN bukanlah sekadar janji dan hari ini boleh
dilihat bagaimana keseriusan pucuk pimpinan mengotakan apa yang
dijanjikan,” ujarnya. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment