Kemelut tabung memali yang kini dilihat menghantui
kepimpinan Pas setelah didedahkan oleh ahlinya sendiri Zainon Ismail
atau CN Al-Afghani menerusi bukunya Air Mata di Bumi Memali seharusnya
menjadi keutamaan kepada Majlis Syura parti itu dalam usaha menangkis
tohmahan terhadap parti berkenaan.
Setelah dilihat cukup lantang dalam isu penggunaan kalimah Allah,
Majlis Syura sepatutnya terkedepan dalam soal berkenaan kerana ianya
melibatkan soal integriti dan harta anak yatim dan mereka yang
memerlukan.
Mengulas mengenainya, bekas Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam
Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata isu tersebut sewajarnya
perlu dijadikan isu utama yang perlu diselesaikan oleh Majlis Syura Pas.
“Kalau urusan tabung pun tidak selesai hingga ditulis di dalam buku
oleh ahlinya sendiri, bukan orang lain pun… bagaimana pula amanah untuk
menjaga agama. Sekarang ini pun isu penggunaan kalimah Allah kelam
kabut. Ini penting untuk difahami oleh masyarakat. Selagi tak
diperjelaskan orang akan cakap macam-macam…. menyelewenglah dan
macam-macam lagi. Tunjukkanlah akaun dan sebagainya lagi. Banyak orang
bercakap soal ini…
“Sepatutnya jika dalam jumlah yang besar boleh tanggung anak
sekolah..sampai ke universiti contohnya. Dan berapa ramai yang
ditanggung pun kita berminat juga ingin tahu,“ katanya kepada
UMNO-Online di sini.
Datuk Zainal yang juga Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor
(YBK) seterusnya menambah penjelasan lanjut harus dibuat berhubung
dakwaan CN Al-Afghani yang dibuat menerusi bukunya Air Mata di Bumi
Memali.
“Saya bukannya nak bangga… YBK bina 1000 rumah orang miskin secara
percuma. bukan nak tunjuk bangga tetapi ada nampak rumah itu. Ini kita
tengok di sana itu macam-macam keluar oleh ahli mereka sendiri,”
katanya. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment