Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday, 25 January 2013

Kritik, Perlekeh Lawatan PM Ke Gaza – Penyakit Orang Dengki Dan Busuk Hati


KUALA LUMPUR, 25 Jan – Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari menyifatkan kenyataan Ketua Pembangkang itu dan kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang memperlekehkan lawatan Perdana Menteri ke Gaza, merupakan kenyatan yang datang dari orang yang busuk hati dan dengki terhadap keberanian Najib melawat Palestin untuk meninjau sendiri keadaan umat Islam di sana.

Menurutnya, hari ini apa saja yang dilakukan oleh Perdana Menteri (PM) dan juga kerajaan BN hari ini akan dipandang serong dan diputar belit oleh pihak pembangkang dalam usaha mereka untuk memburukkan imej kerajaan di mata rakyat di negara ini.

“Ini semua kenyataan yang bersifat dengki dan iri hati. Jelas puak pembangkang ini tak dapat nak sembunyikan rasa dengki dan iri hati mereka terhadap keberanian PM kita bila beliau sendiri melawat Palestin untuk meninjau keadaan umat Islam di sana.

“Memang kita pelik melihat cara pemikiran puak pembangkang ini. Apa saja yang kerajaan lakukan semuanya  mereka kecam dan kritik. Sampaikan PM ke Palestin yang sudah pastinya dengan tujuan yang baik, bukan untuk berpolitik atau berkempen pun dikecam sebegitu rupa. Inilah sikap pembangkang yang ego dan merasakan diri mereka lebih bagus dari orang lain,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Tambahnya, puak pembangkang juga  hanya tahu bercakap dan mengkritik tetapi dari segi perlaksanaan langsung  tidak ada.

“Mereka ini suka cakap bergegar-gegar, tapi takda perlaksanaan dalam tindakan. Bila bab isu Palestin merekalah konon-kononnya jadi juara, tetapi bila PM sendiri melawat bumi anbiya itu, mereka kecam dan tuduh macam-macam.

“Sepatutnya perkara-perkara  baik yang dilakukan oleh kerajaan, tak payahlah kondem. Apatah lagi dalam isu Palestin yang sudah tentunya merupakan isu umat Islam sedunia  dan bukan hanya di negara ini. Sepatutnya benda baik kita sokong, bukan kritik dan kutuk sana, kondem sini,” ujarnya lagi.

Justeru itu beliau menasihati kepimpinan Pakatan Pembangkang terutama Pas dan PKR agar berfikiran lebih matang dan terbuka dalam memberikan sebarang kritikan dan komen terhadap kerajaan.

“Kita boleh lihat hari ini, apa saja kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan baik di dunia mahupun di dalam negeri, semuanya dikecam dan dikritik oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang. Seolah-olah apa yang mereka buat itu baik belaka dari orang lain.

“Jika beginilah sikap kepimpinan Pakatan Pembangkang, bagaimana mereka mahu menjadi pemimpin negara yang adil dan bijaksana? Mereka sendiri hari ini jelas tidak tahu untuk menilai samada perkara itu baik atau pun tidak. Apa yang mereka tahu, hanyalah untuk membuat provokasi untuk menghasut rakyat membenci kerajaan. Itu saja…,” akhiri beliau. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment