Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 26 December 2012

Rasuah Tanah Balak : Pas Jangan Ghairah Ugut Saman, Patut Perjelas Dengan Fakta

 
Kerajaan Pas Kelantan disaran memberikan penjelasan lebih lanjut dengan tampil ke depan bersama bukti-bukti yang lebih kukuh agar isu pemberian tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada pemimpin DAP yang didakwa kerana kepentingan politik pembangkang dapat dinilai dengan lebih jelas.

Exco Pemuda UMNO yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof percaya rakyat rata-rata masih keliru dan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan sebelum ini dan mengharapkan penjelasan lebih lanjut kerana ianya melibatkan dakwaan yang cukup berat.

Menurut beliau dengan keluasan yang cukup luas dan nilainya yang cukup tinggi, kerajaan negeri perlu membentangkan fakta-fakta yang lebih konkrit supaya imej sebuah kerajaan negeri terpelihara.

“Saya pun nak tahu cerita lanjut dalam soal ini dan saya penuh yakin ramai rakyat Kelantan pun ingin tahu fakta yang lebih kukuh supaya ianya tidak menjadi tanda tanya. Saya pun bukanlah mahu membuat sebarang tuduhan.

“Walaupun penjelasan sudah diberikan oleh pihak-pihak yang berkenaan sebelum ini, tetapi ianya masih lagi keliru. Kita mintalah agar pihak kerajaan negeri memberikan penjelasan yang lebih lanjut kerana sepertimana yang saya katakan tadi, isu ini agak berat dan melibatkan maruah sebuah kerajaan negeri yang didakwa memperjuangkan Islam.

“Saya bukanlah menuduh kerajaan negeri terlibat dan benar atau tidak apa yang didedahkan oleh blog pisau.net berhubung perkara itu saya sendiri pun tidak tahu. Sebab itulah kita minta penjelasan lebih lanjut,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Ustaz Afandi seterusnya mengalu-alukan langkah kerajaan Kelantan untuk mengambil tindakan undang-undang dalam isu berkenaan.

“Cumanya janganlah sekadar ugutan….Ambil tindakan undang-undang segera kerana rakyat Kelantan pun ingin tahu apakah benar atau tidak apa yang didedahkan oleh blog pisau.net itu. Lagi pun perkara ini melibatkan khazanah negeri,” ujarnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment