Salam
Pengarang.. Pengerusi DAP, Karpal Singh tanpa berselindung dan dolak
dalik telah mempertikaikan tindakan dua orang pemimpin kanan DAP
menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan DYMM Sultan
Selangor dan DYMM Sultan Perak.
Berikutan itu kedua-dua pemimpin DAP yang dimaksudkan itu ialah
Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan pemimpin DAP Perak,
Datuk Ngeh Koo Ham dikatakan telah diarah untuk memulangkan kembali
gelaran kebesaran yang diterima itu.
Penganugerahan gelaran Datuk kepada Speaker DUN Selangor itu adalah
hasil cadangan Menteri Besar, Khalid Ibrahim manakala Ngeh Koo Ham pula
menerima anugerah tersebut pada 2008 selepas diajukan saranan oleh
Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Jelas sekali DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak sentiasa
ikhlas dan tidak memilih bulu dalam memperkenankan penganugerahan
gelaran darjah kebesaran kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak
sebagai tanda penghargaan.
Pun begitu, sekiranya seseorang individu atas kapasiti peribadinya
sendiri menolak penganugerahan darjah kebesaran itu atas sebab-sebab
tertentu, ianya tidakpun menjadi isu pun jika itu kehendaknya.
Bagaimanapun dalam banyak-banyak parti politik di negara ini, hanya
DAP sahaja yang satu-satunya menetapkan dasar larangan kepada anggota
partinya daripada menerima sebarang anugerah kebesaran dari Raja-Raja
Melayu.
Sedangkan lain-lain pemimpin parti politik agak berbesar hati dan
berasa bangga apabila menerima pengiktirafan dan penghargaan sedemikian.
DAP seperti sengaja mahu menonjolkan keangkuhan dan kebiadapan mereka. Dari situ pun sudah nampak belang-belang rasis DAP.
Ia juga sebenarnya satu perbuatan yang sengaja menghina dan
memperlekehkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua pemerintah di
negeri-negeri Melayu.
Kononnya dasar larangan tersebut bertujuan untuk menjamin ketelusan
sebenarnya hanyalah retorik kosong untuk menyembunyikan sikap rasis yang
telah lama menjadi budaya DAP.
Hatta Hj Ahmad Kilau
No comments:
Post a Comment