Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 26 December 2012

Isu Calon PM, Pembahagian Kawasan Pilihanraya, Sabotaj Buat Pembangkang Makin Haru Biru

Pembangkang terbukti bukan pilihan alternatif kepada Barisan Nasional (BN) yang terbukti dengan track record yang kukuh dan padu.

Ini jelas dapat dilihat apabila apabila mereka gagal untuk mencapai kata sepakat terhadap isu siapa yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya mereka menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13.

“PKR dan DAP mahu Anwar menjadi Perdana Menteri manakala Pas mahukan Hadi Awang.

“Mengapa DAP menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri? Ini kerana DAP hanya inginkan kuasa untuk pengaruh dari belakang walaupun semua tahu Lim Guan Eng amat berminat untuk menjadi Perdana Menteri. Apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, sudah pasti Guan Eng mampu menjadi Perdana Menteri di belakang tabir.

“Jika Hadi Awang menjadi Perdana Menteri sudah pastilah Guan Eng tidak akan mampu untuk ‘pegang tengkuk’ Hadi kerana Pas dan DAP sentiasa bercanggah pendapat. Di sini dapat kita lihat betapa carca marbanya pakatan pembangkang,” ujar Ahli Majlis Tertinggi Dr. Wan Norashikin Wan Nordin.

Tambah Norashikin, ini amat berlainan dengan apa yang terjadi dalam parti BN di mana semua parti dalam BN bersatu hati mahukan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Tiada yang bercanggah ataupun berlainan pendapat.

“Kami semua bersatu hati bahawa Datuk Seri Najib adalah orang yang paling layak dan terbaik menjadi Perdana Menteri. Lihatlah apa yang telah beliau lakukan kepada kehidupan rakyat. Pelbagai insentif telah diberi contohnya BR1M, KR1M, PR1MA, NKRA, ETP dan pelbagai lagi.

“Adakah pembangkang mampu melakukan seperti apa yang Perdana Menteri lakukan? Janji yang dibuat pada PRU lalu pun tidak mampu ditunaikan sehingga kini. Janji mereka hanya tinggi ke langit…

“Sudahlah gagal menunaikan janji, kini mereka bertelagah pula sesama sendiri. Dek kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri dan tersembunyi maka wujudlah rasa tidak percaya kepada rakan sendiri. Mereka ibarat penagih yang khayal dengan narkotik. Mereka tidak sedar tanah sudah berubah dari kaki mereka. DAP dah bersuara nak kerusi lebih untuk PRU akan datang. Saya yakin Pas dan PKR tidak akan memberikannya kerana masing-masing gila kuasa,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau, pakatan pembangkang hanya mementingkan isu kerusi daripada isu masalah rakyat.

“Mereka ini tamak haloba. Mereka ini tidak akan sedar sehinggalah rakyat yang bertindak. Mereka hanya faham apabila rakyat menolak semua calon mereka. Ketika itulah baru mereka sedar bahawa bukan Pas, DAP atau PKR yang akan putuskan siapa yang layak jadi Perdana Menteri tetapi rakyat.

“Insyaallah.. rakyat kita bijak dan akan mengundi untuk mengekalkan BN dalam PRU akan datang., ujarnya lagi. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment