Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 18 December 2012

1.9 Juta Permohonan Baharu BR1M 2.0 Setakat 12 Dis



KUALA LUMPUR, 18 Dis – Sebanyak 1.9 juta permohonan bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 diterima setakat 12 Dis lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai berkata jumlah itu meliputi 1.4 juta pemohon bujang dan 435,232 pemohon isi rumah (keluarga).
Pengagihan BR1M 2.0 akan bermula pada awal 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion,” katanya menjawab soalan Senator Chew Lee Giok.
Lim berkata pendaftaran BR1M 2.0 telah bermula 1 Nov lepas dan akan berakhir 31 Dis ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata sehingga November lepas, seramai 1,811 pelajar dibuang sekolah.
Beliau berkata tindakan buang sekolah merupakan langkah terakhir dilakukan pihak sekolah kepada seseorang pelajar yang melakukan kesalahan berat berdasarkan salah laku disiplin sekolah.
“Antara tindakan yang dilakukan sebelum langkah buang sekolah dilaksanakan adalah seperti amaran, berbincang dengan ibu bapa atau penjaga, dirujuk kepada guru disiplin untuk nasihat dan motivasi,” katanya menjawab soalan Senator Noriah Mahat.
Beliau menegaskan pihak sekolah tidak membuang pelajar sewenang-wenangnya.
“Daripada segi teknikal, kalau hendak membuang seseorang pelajar, kita kena melalui proses tertentu termasuk pelajar diberi amaran, dan jika kesalahan itu diulangi, hukuman termasuk gantung sekolah selama 14 hari dikenakan,” katanya.
Wee berkata beliau turut menasihatkan supaya ibu bapa mengawal tingkah laku pelajar terbabit sekiranya anak mereka diberi peluang kedua untuk bersekolah setelah membuat rayuan di Pejabat Pelajaran Daerah.

No comments:

Post a Comment