Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 18 December 2012

PAS Pulau Pinang pula tuntut kerusi lebih dari DAP...



Sikit saja Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng gempak pasal minta  partinya diberikan tambahan kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri  (DUN) pada PRU ke 13, sudah ada pemimpin PAS pening lalat dan jadi gabra.

 

Seronok juga tengok gelagat pemimpin PAS kelam kabut pasal tuntutan  DAP kerana nampak sangat PAS sudah tidak sepakat lagi dalam isu itu.

 

Di Selangor, PAS kata tak ada kerusi tambahan untuk DAP dan status quo  PRU ke 12 kekal.

 

Di Pulau Pinang lain pula ceritanya apabila Pesuruhjaya PAS negeri  sebaliknya tuntut DAP tambah kerusi untuk PAS bertanding pada PRU ke  13.

 

Datuk Mohd Salleh Man dalam temubual dengan Antarapos  menegaskan DAP  perlu memberikan lebih kerusi kepada PAS atas dasar semangat kerjasama  dan setiakawan.

 

Pada pilihan raya umum 2008, PAS bertanding di enam kerusi DUN  namun tewas.

 

Bagaimanapun dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir 2009, Mohd  Salleh berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Hamdan  Abdul Rahman.

 

"Masih enam kerusi (bertanding), kita berhasrat untuk seimbangkan  (jumlah kerusi) walaupun kita bertanding tidak banyak tapi atas dasar  semangat kerjasama seharusnya rakan kita boleh mempertimbangkan

 keputusan kita buat.

 

Justeru beliau berharap hasrat itu dapat dipertimbangkan Pakatan Rakyat negeri.

 

Mohd Salleh berkata selaku parti yang mendominasi jumlah kerusi di  Pulau Pinang, DAP perlu memberikan lebih kerusi kepada PAS atas dasar  tersebut.

 

"Saya sebut dan nyatakan hasrat itu...saya harap hasrat itu jadi  kenyataan," kata Mohd Salleh.

 

Kelmarin, Guan Eng menuntut tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN di  Semenanjung Malaysia, manakala di Sabah dan Sarawak akan dibincang  bersama dalam pembahagian kerusi.

 

Untuk rekod, DAP menang 28 kerusi Parlimen dan 71 kerusi DUN serta  menawan Pulau Pinang daripada BN.

 

Di Pulau Pinang, DAP mempunyai 19 kerusi DUN, PKR (9) dan PAS (1)  manakala BN 11 kerusi.

 

Bagaimanapun, lain pula ceritanya bagi  Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pasal tuntutan kerusi ini amat berbeza jika dibandingkan  dengan pemimpin PAS Selangor dan Pulau Pinang.


Beliau semacam cuba untuk downplay isu berkenaan.Mungkin takut sengketa dalaman membara.


 Katanya, pendirian DAP yang mahukan kerusi tambahan untuk bertanding  dalam PRU ke 13 tidak wajar dianggap sebagai satu pendirian "tamak".

 

"Kita tak boleh kata kalau ada yang nak tambah kerusi, contohnya DAP  itu adalah tamak.

 

"Semua parti mahukan kerusi lebih termasuk BN yang terdiri daripada  Umno, MCA dan MIC, jadi adakah mereka juga tamak?


 "Soal penambahan kerusi ini kita masih belum berbincang," katanya.


 Pelik juga dengan Tuan Ibrahim ni, betul ke masih belum bincang  sedangkan pemimpin PKR,DAP malah PAS sendiri kata sudah selesai pasal  agihan kerusi ini.


 Kalau adapun hanya bilangan kecil mungkin kerusi di Sabah dan Sarawak sahaja.


 Kenyataan Tuan Ibrahim ini hanya jadi bukti PAS tunduk dan akur saja  apa DAP hendak. Tak gitu?

No comments:

Post a Comment