Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang)
tersu menuntut penjelasan dari pihak Kerajaan Negeri Selangor setelah
lebih empat minggu mereka mendedahkan mengenai perbezaan angka rumah kos
rendah yang kononnya dibina oleh pihak Kerajaan negeri.
Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata, sehingga ke hari ini, Exco
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan masih lagi tidak memberikan
sebarang penjelasan.
“Sehubungan dengan itu, sekali lagi kami mewakili anak-anak muda di
Selangor mendesak kerajaan negeri terutamanya Exco yang terlibat supaya
memberikan penjelasan mengenai percanggahan maklumat antara yang
dikeluarkan di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini dengan apa
yang diucapkan di dalam sidang DUN pada 26 Mac 2012.
“Kami juga nak tahu lokasi 6,470 rumah kos rendah yang didakwa dibina
di zaman pemerintahan kerajaan DAP-PKR dan Pas? Apakah syarat-syarat
permohonan dan berapa ramai anak-anak muda di Selangor hari ini yang
benar-benar berpeluang mendapatkan rumah tersebut?,” katanya di sini.
Tambahnya, di zaman pentadbiran kerajaan BN sebelum tahun 2008,
mereka telah mewujudkan Skim Perumahan Pasangan Muda. Apakah status skim
ini sekarang?
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, sebidang tanah di
Seksyen 24 Shah Alam sudahkan diperuntukkan untuk tujuan Skim Perumahan
Pasangan Muda ini.
“Jadi, apa status tanah itu sekarang. Kita juga hari ini akan
menziarahi sebuah rumah anak muda yang mengalami masalah dalam memiliki
rumah kos rendah, di mana mereka terpaksa tinggal bersama dan berkongsi
rumah dengan tiga pasangan yang lain.
“Ini merupakan contoh sebahagian dari permasalahan anak-anak dan
pasangan muda dalam memiliki rumah kos rendah. Perkara ini berlaku
kerana anak muda tersebut tidak berkemampuan untuk memiliki rumah kos
rendah sebagai permulaan memulakan kehidupan. Tentunya sesuatu yang
menyedihkan apabila kerajaan negeri selangor tidak memberi respon
terhadap persoalan yang dilontarkan,” ujarnya lagi. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment