Naik menyampah pula
apabila melihat kemarahan dan kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya
Utara, Tony Pua, yang beriya-iya mendesak Kerajaan Pusat untuk
mendedahkan hutang tokoh perniagaan Melayu terkenal, Tan Sri Syed
Mokhtar Al-Bukhari dan syarikatnya.
Tony Pua semalam sekali lagi mendesak
pihak Kerajaan Pusat untuk menyatakan status perniagaan Syed Mokhtar,
kononnya tokoh korporat Bumiputera terkaya di Malaysia itu berhutang
sehingga RM34 bilion ringgit.
Menurut Ahli Parlimen DAP itu, hutang
yang puluhan bilion ringgit yang dimiliki oleh Syed Mokhtar itu akan
menyebabkan negara dilanda “malapetaka ekonomi” dan ia kononnya Kerajaan
Pusat cuba melindungi akaun perniagaan taikun Melayu tersebut.
Persoalannya, siapa Tony Pua untuk mempersoalkan tentang perniagaan milik persendirian individu perseorangan?
Mengapa Tony Pua mendesak agar akaun perniagaan Syed Mokhtar didedahkan di khalayak ramai?
Sedangkan, begitu ramai taikun sebangsa
dengannya seperti Robert Kuok, Teh Hong Pow dan Lee Shin Cheng yang jauh
lebih kaya dari Syed Mokhtar tapi langsung tidak disentuh atau didesak
untuk didedahkan akaun perniagaan mereka.
Mengapa Tony Pua tidak bertemu Robert
Kuok atau Ananda Krishnan dan minta mereka mendedahkan akaun perniagaan
masing-masing memandangkan mereka juga taikun di dalam dunia perniagaan
di negara ini?
Manalah tahu kalau-kalau tokoh-tokoh perniagaan itu juga memiliki hutang yang mencecah ratusan bilion ringgit, kan?
Selain itu, dari mana Tony Pua mendapat
maklumat secara tepat bahawa syarikat milik Syed Mokhtar berhutang
sebanyak RM34 bilion sedangkan maklumat mengenai akaun syarikat
persendirian sepatutnya menjadi rahsia yang tidak sepatutnya didedahkan
kepada umum.
Jika benar Tony Pua berani dan mempunyai fakta tersebut, dia sendiri boleh kemukakan kepada khalayak ramai melalui sidang media.
Cuma, selepas pendedahan tersebut
dilakukan, Tony Pua perlu bersedia untuk menerima surat saman dari pihak
Syed Mokhtar atas kepalsuan yang didedahkan dan Ahli Parlimen DAP itu
juga bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Kemudian, Tony Pua juga terpaksa menanti
dakwaan yang sama sebagaimana yang dihadapi oleh Rafizi Ramli sekarang
di mana Pengarah Strategik PKR itu sedang bergelut dengan tuduhan
melanggat akta BAFIA di mahkamah.
Persoalannya, mengapa pula Tony Pua cuba mendesak kerajaan untuk mendedahkan akaun perniagaan Syed Mokhtar?
Apakah pemimpin DAP yang selalu menuduh
menggunakan angka palsu itu cuba mengalihkan kesalahan melanggar akta
BAFIA itu kepada Kerajaan Pusat? Tolonglah, Kerajaan Pusat tidak bodoh
seperti Rafizi…
Sewajarnya, jika Tony Pua benar-benar
ikhlas dalam pertikaiannya itu, dia perlu mendesak taikun-taikun selain
dari Syed Mokhtar untuk menyatakan akaun peribadi mereka. Itu pun kalau
Tony Pua berani lah, kan?
Kalau benarlah fakta yang dikemukakan
Tony Pua itu, dia sebenarnya boleh mendedahkan maklumat berkenaan kepada
rakyat Malaysia tanpa mendesak pihak Kerajaan Pusat untuk melakukan
kesalahan yang menyalahi undang-undang itu.
Pada saya, Tony Pua sebenarnya mungkin
sengaja “menyerang” Syed Mokhtar dan perniagaan tokoh Ma’al Hijrah 1429H
itu bagi pihak Guan Eng memandangkan kerisauan Ketua Menteri Pulau
Pinang itu terhadap pengambil alihan Penang Port.
Khabarnya, Guan Eng benar-benar takut
jika Syed Mokhtar mengambil alih Penang Port memandangkan pelabuhan di
Pulau Mutiara itu dikuasai oleh beberapa ahli perniagaan Cina yang
begitu banyak membantu dana DAP di negeri itu.
Apapun, tahniah saya ucapkan kepada Syed
Mokhtar memandangkan beliau begitu digeruni oleh para pemimpin DAP yang
begitu terkenal dengan sifat chauvinis ultra kiasunya itu.
Harapnya, beliau sentiasa “cool” dan
terus menolong rakyat melalui Yayasan Al-Bukhari yang begitu banyak
membantu umat Islam di negara ini. Usahlah dipedulikan dengan puak-puak
DAP yang sememangnya tidak pernah suka melihat bangsa Melayu Muslim
lebih maju dari mereka…
No comments:
Post a Comment