Malam tadi berlangsung satu Ceramah Mega Sempena Konvoi Royalti Ke Putrajaya di Dataran Kemerdekaan Shah Alam anjuran sebuah NGO proksi PAS, Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI) yang dihadiri sebahagian besar pemimpin besar pakatan pembangkang.
Antara yang hadir termasuklah Anwar Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat, Hadi
Awang, Dr. Tan Seng Giaw, Husam Musa serta beberapa pemimpin NGO dari
Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Jika di baca pada tajuk majlis yang tertulis perkataan MEGA, tentunya
kita membayangkan sekurang-kurangnya 10,000 orang hadirin
bersesak-sesak di atas jalanraya depan pentas dan padang rumput berdekatan
Tambahan pula nama-nama pemimpin yang hadir semuanya bertaraf kepala
parti, sewajarnyalah ia akan menarik minat ramai untuk memeriahkan
majlis. Tak begitu?
Mengikut laporan portal Malaysiakini dikatakan sekitar 5,000 orang
hadir di lokasi ceramah tersebut termasuklah dua tiga ratus peserta
konvoi dari Kelantan yang kononnya datang berkonvoi menaiki 600 buah
kenderaan.
Para bloggers pembangkang dan portal berita pro PR tentulah macam biasa hanya akan snap
gambar tempat yang kelihatan padat kemudian tulis dalam blog ada 5,000,
8,000 atau 10,000 yang hadir. Angka tersebut hakikatnya terlampau jauh
dari realiti.
Berdasarkan pemerhatian penulis dan rakan-rakan yang mengikuti majlis
tersebut sejak dari jam 8.45 malam hingga lebih kurang jam 11 malam,
jumlah kehadiran paling hampir tepat pun sekitar 1,500 orang sahaja
termasuklah lebih kurang 100 orang yang menjamu mata di gerai-gerai
berhampiran.
Hanya di atas jalanraya sepanjang kira-kira 70 – 80 meter yang
dihampar dengan tikar saja yang padat manakala di bahagian padang banyak
lopang kosong kelihatan. Suasana yang agak hambar, jauh berbeza dengan
sambutan orang ramai sewaktu PR mula-mula ambil alih negeri Selangor.
Walaupun hambar dan suram serta gagal mencapai angka kehadiran 20,000
orang tapi PAS tak pernah gagal dari melaksanakan tanggungjawabnya
menghulur uncang duit meminta duit dari rakyat.
Mereka sasarkan untuk dapatkan RM40,000.00 duit derma konon untuk
menampung kos perbicaraan mahkamah, rasanya malam tu kalau seorang bagi
RM10.00 rasanya dapat kot sekitar RM15,000.00.
Mungkin angka kehadiran 1,500 itu agak mengecilkan hati ramai
penyokong PAS dan PR, jadi penulis bagi angka kesianlah dengan
menggenapkannya kepada sekitar 2,000 orang.
Barangkali disebabkan kehadiran jauh sangat dari jangkaun yang
sasaran awalnya ialah 20,000 orang, maka Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim
cabut awal dari majlis tersebut selepas membuat ucapan dan membaca ikrar
menyokong tuntutan royalti. Katanya nak kena terbang ke France.
Melihat pada suasana majlis yang serba hambar ini, nampak gayanya
populariti Anwar dan Nik Aziz makin lama dah makin merudum. Dah makin
kurang tarikan, besar kemungkinan dah ramai orang bosan dengan kisah
penglipur lara serta propaganda yang keluar dari mulut mereka.
No comments:
Post a Comment