KUALA LUMPUR, 4 Okt – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seperti burung unta di padang pasir kerana tindakan Anwar Ibrahim yang sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung menunjukkan beliau seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin’.
Tambahnya, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak
hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap dituduhnya sebagai penakut
sedangkan sebagai pemimpin kerajaan, sudah tentu Najib sibuk dengan
pelbagai tugas rasmi.
“Kita tahu, semasa memegang jawatan Menteri Kewangan juga Anwar
jarang mendengar ucapan Ketua Pembangkang pada masa itu yang disandang
Lim Kit Siang. Semasa memegang jawatan Menteri Kewangan dahulu sehingga
menjadi Ketua Pembangkang sekarang pun jarang ada dalam Dewan Rakyat
untuk mendengar Ahli Parlimen lain berbahas,” ujarnya ketika ditemui di
Lobi Dewan Rakyat selepas sidang berakhir lewat petang semalam.
Beliau turut mempersoalkan adakah Anwar pun begitu sibuk sehingga
sanggup ke Paris semalam atau hakikatnya takut untuk berada di dalam
Dewan Rakyat kerana bimbang diserang oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional
(BN).
“Tindakan Anwar yang menuduh Najib yang juga Menteri Kewangan takut
untuk berdepan dengan dirinya ketika membahaskan Bajet 2013 Isnin lalu
tetapi pada masa sama, Ketua Pembangkang itu telah ke Perancis semasa
sidang Dewan Rakyat masih berlangsung.
“Dalam masa yang sama, saya sedar, apabila saya bangun berucap mesti
Ketua Pembangkang itu akan bangun meninggalkan Dewan Rakyat sebab dia
tahu Ibrahim Ali kawan lamanya ini tahu segala rahsia dirinya.
“Cukup-cukuplah Anwar, insaflah. Berapa banyak lagi kamu hendak
berbohong, memperlekeh dan memfitnah orang,” ujarnya memperlekeh
tindakan Anwar yang dilihat sentiasa takut untuk berhadapan dengan
beliau khususnya di Parlimen.
No comments:
Post a Comment