Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday 5 October 2012

Dato' Aza lepas geram.. Salahuddin sedia debat?? Jangan cakap saja berkoyan.. habus tarak..


Azalina 'meletup' di Parlimen: Dakwa peserta hijau anti RAPID dibayar RM30
 
Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman betul-betul lepas geram dan pulang paku buah keras kepada pembangkang yang masih mahu jadikan projek RAPID, modal politik mereka.

Mesej yang beliau sampaikan kepada pemimpin pembangkang ketika membahaskan Bajet 2013 di Dewan Rakyat, pada Khamis, “Jangan masuk kawasan orang tabor fitnah’.

“Apa yang pembangkang nak perjuangkan?.. dulu masa minyak tumpah, tujuh nelayan ditahan dalam perairan dan dibawa lari ke Batam (Indonesia), mana Kubang Kerian (Salahudin Ayob) ?...saya yang ke Batam selesaikannya,” tegas Azalina.

Beliau hentam cukup-cukup Salahuddin yang cuba jadi hero isu RAPID termasuk adakan perhimpunan Hijau di Dataran Sungai Rengit, Ahad lalu semata-mata nak capai impian jadi Menteri Besar Johor.

Tambahnya lagi, ada pulak yang sedap-sedap cakap soal rasuah dan tuduh beliau tak perjuangkan rakyat.

“Jangan samakan kami (kerajaan) dengan kamu (pembangkang). Tiap bulan buat perhimpunan tapi yang datang orang luar. Timbul cerita pasal ular, tak pernah orang saya nak buat (letak ular nak takutkan peserta perhimpunan)”

“Timbul juga cerita saya tak datang walau dijemput..bila masa? Hantar la surat, saya tidak takut. Saya ajak Kubang Kerian berbahas tapi takut pulak,” tegasnya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengingatkan pihak terbabit jangan masuk kawasan lain tabur fitnah.

“Jangan menipu, letak orang luar (peserta himpunan Hijau) bagi RM30. Saya cerita apa orang cerita,” ujar beliau.

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bangun meminta laluan untuk mencelah tetapi tidak dibenarkan mentyebabkan kedua-dua mereka terus ‘bertikam lidah’.

“Saya tak bagi (laluan mencelah), saya nak jawab. Saya cakap pasal Pengerang bukan pasal parti,” katanya membidas Naib Presiden PKR itu.

Nurul Izzah yang tidak berpuashati enggan duduk dan terus bercakap antaranya meminta Azalina melaporkan perkara itu kepada polis.

Azalina terus berhujah dan meminta Salahuddin jangan lagi sibuk-sibuk pasal RAPID.

Terdahulu pada awal perbahasan beliau menjelaskan tujuan projek RAPID yang beri mkanfaat kepada banyak pihak dan amat penting kerana perairan tempat projek itu adalah laluan utama kapal petroleum dan gas kerana kedalamannya. -4/10/2012

No comments:

Post a Comment