UMUM tahulah, kalau dah
nama pun pembangkang, sampai bila pun tak akan setuju dengan bajet yang
dibentangkan oleh kerajaan memerintah. Samalah halnya dengan
pembangkang di negara ini, apa pun kebaikan yang disebut kerajaan dalam
bajet akan ditolak tepi, yang boleh diputar belit itu yang akan
diketengahkan.
Sepanjang hujung minggu lepas, penulis
memantau perkembangan bajet 2013 di blog-blog pembangkang untuk melihat
isu apa yang rancak dibualkan. Kondem sudah pasti tapi setakat mana
‘bijak’ kondemnya tu. Kesimpulannya, takdelah bijak pun macai
pembangkang ni, asal boleh kondem saja, apa bendanya ntah.
Contohnya, turun cukai pendapatan 1%,
jadi isu, peruntukkan Sabah dan Sarawak pun dijadikan isu juga, kononnya
kurang dan above all, bila disebutkan bajet ini boleh bankrapkan negara
– macamlah bajet dia tak boleh bankrapkan negara dalam jangka masa
panjang.
Tidak kurang juga yang bodoh-bodoh ini menjadikan perbelanjaan defisit dalam bajet kali ini sebagai modal untuk menghentam kerajaan. Penulis katakan bodoh sebab bajet Pakatan Rakyat pun defisit 4.4% juga, apa yang itu tak kondem?
Inilah sebenarnya mentaliti pembangkang
yang tidak akan berubah sampai bila-bila di Malaysia ini, lebih lagi
dibawah kepimpinan Anwar Ibrahim – the Israel protector.
Kita tahu majoriti penyokong Pakatan
haram ini mana layaknya bayar cukai, sebab itu tongkat Nik Aziz hanya
laku sekitar RM 12,000, berbanding surat cinta Anwar, RM 50,000 yang
dibeli bekas Ahli Parlimen BN, Lajim Ukin.
Tapi pelik bin ajaib bila soal penurunan
cukai sebanyak 1% ini yang dijadikan isu, kononnya berapa sen sangat dan
apa barang boleh beli. Nampak sangat puak-puak ini tak pernah bayar
cukai, sebab itu dia tak tahu berapa besar kesan 1% ini pada
perbelanjaan bulanan pada yang dicukai.
1% ini nampak kesannya pada Potongan
Cukai Berjadual (PCB) yang jadualnya hanya dipegang Jabatan Sumber
Manusia (HR), bukan berdasarkan gaji bulanan masing-masing!! Ini pun
tak boleh nak faham, bebal tak bebal orang Pakatan ni ya.
Yang penting tu, apa pun penjimatan,
adalah penjimatan. Tak semestinya wang dari penjimatan ini diguna untuk
beli barang, boleh juga diguna untuk menyimpan. Jadi bersyukur
sajalah bila cukai pendapatan kurang 1%, masih jimat juga!!
Anyway, penurunan 1% itu lebih baik dari bajet Pakatan haram, langsung tak sebut pun cukai pendapatan turun!!
Penulis juga tertarik bila macai Pakatan kata bajet 2013 yang dibentang Perdana Menteri akan membankrapkan negara (hutang bertambah). Tiap-tiap tahun dia main isu itu juga, hutang bertambah, negara boleh bankrap. Tapi setiap kali itu negara ini tak juga bankrap, elok je macam biasa.
BR1M diteruskan, bantuan persekolahan diteruskan dan macam-macam lagi boleh beri, tak bankrap pun.
Lagipun macam mana dia kata negara boleh
bankrap bila perbezaan perbelanjaan bajet sebenarnya yang dibentang
Perdana Menteri pada Jumaat dan bajet bayangan yang dibentang Anwar
hanya sekitar RM 17 billion? Lupakah balaci tu yang rizab tunai negara
ada lebih RM 450 billion?
Ekonomi tak berjalan 6 bulan pun, negara ini masih boleh survive.
Nak ikutkan bajet Anwar tu yang boleh
buat negara bankrap sebab kesannya bukan 1 tahun sahaja tapi bertambah
dari masa ke semasa untuk tampung penghapusan tol, pendidikan percuma,
PTPTN dan sebagainya tu.
All in, bodoh betul macai Pakatan ini, asal boleh konar dan pusing, depa akan buat. Cubalah berhujah pakai otak sikit.
No comments:
Post a Comment