Meriah betul majlis
“lelong melelong” barangan peribadi para pemimpin Pakatan Haram yang
berlangsung di Shah Alam baru-baru ini di mana hasil jualan lelongan itu
akan disumbangkan kepada tabung dana PRU ke-13 gabungan parti
pembangkang itu.
Antara yang berjaya dijual malam itu
ialah “teddy bear” milik Teresa Kok yang dijual dengan harga RM10,000,
gambar dan tongkat Nik Aziz berharga RM12,000 dan poster “filem” Karpal
Singh yang dijual dengan nilai RM12,000.
Selain itu, karikatur yang dilukis oleh kartunis Zunar pula berjaya dijual dengan harga kedua tertinggi sebanyak RM32,000.
Zunar merupakan “raja kartunis” di mana
hanya dia boleh lukis kartun provokasi pemimpin BN dan kartunis lain
“diharamkan” melakukan provokasi kepada pemimpin Pakatan Haram, kan?
Namun yang paling panas ialah mengenai
“surat cinta Anwar kepada Wan Azizah” yang dikarang ketika bekas banduan
itu berada di dalam penjara menjalani hukuman atas kesalahan salahguna
kuasa menzalimi mereka yang menentangnya semasa menjawat jawatan
Timbalan Perdana Menteri.
Surat berkenaan telah berjaya dijual
dengan harga RM50,000 oleh seorang bekas menteri BN, Datuk Seri Lajim
Ukin, yang juga merupakan ahli parlimen dari Sabah yang mengumumkan
keluar parti baru-baru ini.
Apakah Anwar mengarahkan Lajim Ukin untuk
membeli surat cintanya itu dengan harga RM50,000 sebagai menjaga “air
muka”nya supaya dilihat lebih “bernilai” berbanding para pemimpin
Pakatan Haram yang lain?
Pada pandangan saya, “surat cinta Anwar –
Wan Azizah” itu sebenarnya tidaklah semahal harga yang dibeli oleh
Lajim Ukin tersebut. Lagipun, saya yakin bahawa Lajim membeli surat
berkenaan bukanlah bertujuan untuk dibaca.
Nak dijual pada Apek “surat khabar lama”
pun tak ada harga berbanding “teddy bear” Teresa Kok, tongkat dan gambar
Nik Aziz, poster “filem” Karpal dan kartun yang dilukis Zunar yang
mungkin ada sedikit nilai kormersilnya.
Setidak-tidaknya, barangan itu boleh
dijual dengan harga lebih kurang RM10 di tepi jalan berbanding surat
cinta Anwar yang hanya beberapa keping kertas kajang tersebut.
Pada saya, mungkin Anwar tahu surat
cintanya itu akan dilelong dan dia mahu seseorang membelinya dengan
harga yang mahal bagi menunjukkan bahawa dia “begitu berharga”
berbanding pemimpin lain di dalam Pakatan Haram.
Paling mencurigakan, dari mana Lajim Ukin
mendapatkan wang untuk membeli surat cinta itu? Dan apakah yang
menyebabkan dia sanggup berbelanja sebanyak RM50,000 untuk membeli
sesuatu yang layak “dibakul sampahkan” itu?
Saya yakin, sekiranya Lajim Ukin masih
lagi merupakan seorang pemimpin BN dan dia membeli potret Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan harga RM50,000, maka sudah
tentu Lajim akan diserang bertalu-talu oleh pemimpin Pakatan Haram.
Sudah pasti Mahfuz, Rafizi dan Tony Pua
akan bingkas bangun mempertikaikan tentang wang sebanyak RM50,000 itu
dan Lajim pula akan dikaitkan dengan unsur rasuah, bodek dan membazir
wang rakyat!
Namun kerana Lajim kini berada di dalam
kem Pakatan Haram dan barang yang dibeli Lajim itu pula adalah milik
Anwar, maka tindakan pengkhianat rakyat Sabah itu dilihat sebagai “suci”
dan begitu dialu-alukan oleh para pemutar alam tersebut.
Semata-mata untuk mengisi dana PRU ke-13,
Lajim sanggup menyerahkan sebanyak RM50,000 begitu saja? Mewah benar
para pemimpin Pakatan Haram…
Pun begitu, mereka sering mencanangkan
kepada rakyat bahawa mereka “miskin” tidak berduit sehingga terpaksa
mengedarkan karung dan peti bagi mengutip derma dari para penyokong
mereka di ceramah-ceramah setiap malam.
Itu belum lagi disenaraikan lagi
dana-dana yang dibawa masuk dari luar negara yang dipercayai telah
diterima dari agensi-agensi Yahudi yang sebelum ini begitu terkenal
membiayai siri-siri konfrontasi menggulingkan para pemimpin di negara
Islam yang menentang kuasa zionis Israel – US.
Persoalannya, sampai bilakah segelintir
rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Haram ini akan terus tertipu
dengan “mainan jiwa” dan penipuan para pemimpin pembangkang yang hanya
pandai “auta” tapi tak tahu buat kerja ini?
Para penyokong Pakatan Haram bergolok
bergadai membiayai perjuangan pembangkang, tapi pemimpinnya
bermewah-mewah tinggal di banglo jutaan ringgit, berkempen dengan jet
eksekutif dan helikopter.
Mahukah anda terus menerus ditipu
hipokrasi para pemimpin pembangkang itu? Tepuk dada, tanyalah Islam yang
sewajarnya menjadi pegangan kita untuk membuat penilaian yang terbaik
demi masa depan agama, bangsa dan negara…
No comments:
Post a Comment