RAFIZI (baby boy Anwar Ibrahim), sekali lagi cuba mengelirukan rakyat
dengan dakwaan kononnya Perdana Menteri menipu dalam soal pembekuan aset NFC,
apabila menunjukkan beberapa dokumen yang kononnya membuktikan bahawa pengarah
NFC, Datuk Seri Muhammad Ismail dan anaknya sedang cuba melupuskan beberapa
aset hartanah milik syarikat tersebut.
Beruang taknak cerita panjang pasal pendedahan Rafizi itu kerana semuanya
boleh dirujuk di Internet.
Yang Beruang nak jelaskan disini ialah, maklumat dari sumber dalaman NFC
sendiri menyatakan bahawa aset-aset yang di dakwa Rafizi akan dilupuskan itu
sebenarnya milik NFC Corp, bukan NFC.
Aset NFC memang dibekukan seperti mana yang disebutkan Perdana Menteri
beberapa bulan lepas, transaksi yang ditunjukkan Rafizi di Parlimen pada Selasa
lepas ialah membabitkan NFC Corp.
Jelasnya, tuduhan mengatakan Datuk Seri Najib menipu itu jelasnya tidak
benar. Datuk Seri Najib tidak pernah
sama sekali mengatakan aset NFC Corp yang dibekukan sebaliknya NFC sahaja.
Apa yang dibuat Rafizi ini sebenarnya cubaan untuk memanaskan isu yang
sebenarnya telah sejuk. NFC ini sebenarnya cubaan untuk memalitkan
Shahrizat, UMNO dan kerajaan BN dengan skandal tapi jelas dan nyata, kesemua
pihak yang disebutkan itu tidak pun terlibat dengan skandal yang disebutkan
Rafizi, sebaliknya yang terlibat ialah pihak pengurusan NFC Corp itu sendiri.
Sebab itu yang dibawa dan dituduh di mahkamah hanya suami Shahrizat (Datuk
Seri Muhammad Salleh), bukan mana-mana pihak dari UMNO mahupun kerajaan. Shahrizat pun tidak (terbabit), hanya
mengiringi suaminya ke mahkamah sahaja.
Itu pun baru bawa ke mahkamah, belum tentu salah ke betulnya lagi.
Pendek kata, dari segi intergritinya, tuduhan asal Rafizi yang mengaitkan
‘skandal’ NFC dengan Shahrizat dan UMNO telah musnah sama sekali dan ini turut
diakui rakyat yang jelas tidak beri perhatian kepada apa-apa perkara berkaitan
NFC ini lagi dah sejak Ketua Audit negara sendiri mengesahkan tidak ada
penyelewengan berlaku dalam pengurusan NFC.
Sebab itu Rafizi cari juga jalan bagaimana nak perhangatkan keadaan, dengan
menggunakan lobi parlimen sebagai lokasi ‘pendedahannya’. Konon-konon macam dia dah sama taraf dengan
ahli Parlimenlah sehingga boleh beri kenyataan di situ.
Tuan/puan semua perlu ingat, Rafizi tidak ada jasa yang nak ditunjuk kepada
rakyat untuk menjustifikasi pemilihannya sebagai calon PKR dalam pilihanraya
umum akan datang. Nak kata dia aktivis
masyarakat bukan, kata kata ahli agama pun bukan, jadi Anwar perlu reka satu
isu untuk mempopularkan Rafizi, sama seperti Anwar mereka himpunan Bersih untuk
mempopularkan Ambiga.
No comments:
Post a Comment