Marah betul Timbalan Presiden PKR, Mohamed
Azmin Ali apabila wartawan memintanya menjawab persoalan berkaitan
pemilikan saham seperti yang ditimbulkan oleh ahli & pemimpin PKR
Cabang Ampang baru-baru ini.
Kata Azmin Ali, hanya orang yang buta dan
tuli sahaja yang percayakan dakwaan sedemikian. Kasar dan biadap
sungguh tutur kata seorang Timbalan Presiden apabila berdepan dengan
isu yang menuntut penjelasan dan tindakan lanjut dari pihaknya.
Betapa hinanya maruah dan taraf sebagai
ahli PKR di mata Azmin Ali walhal permintaannya cukup mudah, tidak
sukar difahami dan tentu saja ramai rakyat turut sama ingin mengetahui
jawapan konkrit Azmin berhubung dakwaan yang dibangkitkan oleh
Dr Hasan Ali.
Mereka cuma ingin penjelasan lanjut dan
langkah selanjutnya dari Azmin bagi mematikan isu pemilikan saham RM 2
juta lebih yang dibangkitkan oleh Hasan Ali tidak lagi dimanipulasi
oleh lawan.
Dalam keadaan yang baru sekadar memegang
jawatan kedua tertinggi parti tapi pembawaan sikap Azmin sudah cepat
melenting, biadap dan tidak menghormati ahli bawahan, tidak mustahil
jika takdir membenarkan PKR memerintah Malaysia mahu lebih teruk dari
itu jadinya.
Azmin agaknya terlampau syok sendiri
hingga lupa dari mana jawatannya sekarang diperolehi.
Bukankah di saat pemilihan parti
berlangsung, ahli bawahanlah yang dipuja dan dirayu bagi mendapatkan
sokongan majoriti untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden.
Malang bagi ahli & penyokong PKR
kerana terpaksa mendukung kepimpinan parti yang tidak tahu menghormati hak ahli
untuk mendapat penjelasan yang meyakinkan.
Eloklah ahli dan penyokong PKR di Cabang
Ampang serta seluruh negara fikirkan semula kedudukan mereka dalam
PKR.
Tak payah buang masa berjuang dalam parti
yang hanya hebat slogan demokrasinya tapi kosong pengisian dan
praktikalnya.
No comments:
Post a Comment