Cadangan Anwar Ibrahim untuk menghapuskan PTPTN membuktikan bahawa Pakatan
Rakyat tidak berpandangan jauh dan tidak mampu mencongak kesan atau akibat dari
tindakan tersebut.
Menggunakan akal Pengajian Melayunya, Anwar melihat PTPTN hanya dari sudut
sempit iaitu pinjaman kepada pelajar semata-mata. Sedangkan impak dari penghapusan PTPTN bukan
saja akan melibatkan para pelajar, tetapi semua pegawai dan kakitangan
pentadbiran dan pengurusan pusat-pusat pengajian tinggi sama ada awam atau
swasta serta termasuklah pejabat PTPTN itu sendiri.
Bayangkan berapa ramai pelajar yang tidak mampu melanjutkan pelajaran tanpa
bantuan pinjaman PTPTN dan tanpa pelajar, bagaimana kolej-kolej dan
universiti-universiti swasta akan dapat meneruskan operasi?
Anwar sendiri mengakui yang beliau belum lagi mengkaji secara mendalam
mengenai kos yang terlibat untuk
memastikan kesemua institusi pengajian tinggi dapat berjalan seperti biasa
tanpa PTPTN. Tetapi beliau yakin yang
kos tersebut dapat ditampung dengan ‘kebijaksanaannya’ mengekang rasuah dan menghapuskan
kos-kos lain yang tidak perlu.
Namun, kenyataan Anwar itu sendiri bukan sahaja menunjukkan yang beliau
tidak bijak, malah lebih teruk, buta angka juga. Ia juga menunjukkan yang beliau sebagai
seorang pemimpin tidak bertanggungjawab kerana ingin berbuat sesuatu tanpa
terlebih dahulu memikirkan implikasi secara terperinci.
Hakikatnya, apa yang Anwar cadangkan bukan sahaja akan menambahkan beban
kewangan kerajaan sehingga lebih RM50 billion untuk memberikan pembelajaran
percuma kepada semua, tetapi Anwar juga perlu menyediakan alternatif lain untuk
para pekerja PTPTN.
Ini kerana dengan penghapusan PTPTN, para pekerja di pejabat PTPTN pasti
akan kehilangan kerja.
Justeru, apakah Anwar akan membayar pampasan kepada mereka? Jika ya, berapakah jumlah pampasan yang
sesuai dibayar setelah diambil kira segala faedah yang mereka nikmati di bawah
PTPTN? Atau apakah mereka akan ditukar
dan disumbat masuk ke bahagian lain dalam kerajaan mengikut suka hati
Anwar?
Atau apakah mereka akan dibuang begitu saja dan perlu mencari kerja
lain? Ini tidak mustahil kerana PR
berpegang kepada persaingan secara samarata dalam segala segi. Maka bekas pekerja-pekerja PTPTN itu perlu
memahami bahawa ini adalah satu cabaran yang memberi anjakan untuk mereka
meningkatkan diri keluar dari ‘lindungan’ kerajaan dan bersaing di dalam
ekonomi yang didominasi kaum Cina di luar sana.
Mungkin apa yang dikatakan penulis ini dilihat sebagai provokasi terhadap
Anwar dan PR. Namun, provokasi atau
tidak, perkara yang dibentangkan ini wajar direnung-renungkan oleh semua.
Anwar pasti bertegas menyatakan cadangannya menghapuskan PTPTN adalah
cadangan yang baik lagi bijak. Dan
sekiranya parti beliau menang dalam PRU kali ini, pastinya beliau akan
melaksanakan apa yang dicadangnya.
Apabila ideanya terbukti merupakan satu kesilapan besar, Anwar akan
mengambil jalan mudah dengan memalingkan mukanya ke arah lain. Tak percaya?
Lihatlah apa yang berlaku kepada penduduk-penduduk Kg. Buah Pala di Pulau
Pinang yang terpedaya dengan janji-janji Anwar tetapi akhirnya diusir bagai
sampah dari kampung mereka oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Kerana itu, rakyat wajar berhati-hati dengan apa yang keluar dari mulut
Anwar. Pemikiran dan pandangan Anwar
amat cetek dan beliau juga tidak punya keprihatinan yang tinggi terhadap
rakyat.
Anwar hanya ghairah untuk mencari publisiti dan menunjuk pandai dan
akibatnya beliau telah dengan tidak sengaja menyerlahkan kedangkalan
pemikirannya untuk dinilai oleh kita.
No comments:
Post a Comment