Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, merujuk Peraturan Mesyuarat 80A jawatankuasa itu perlu dibentuk bagi menyiasat perbuatan menghina majlis di bawah Ordinan Majlis-Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.


“Penerbitan berita itu adalah palsu dan bersifat fitnah terhadap perilaku saya sebagai seorang yang menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen yang menerima undangan Yang di-Pertuan Agong.

“Berita palsu yang mengaitkan kedudukan saya sebagai Ahli Parlimen yang difitnah tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Hal ini adalah serius kerana ia menjejaskan kewibawaan Parlimen sebagai institusi tertinggi negara dan bersifat menghina Parlimen,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata pelantikan jawatankuasa itu perlu bagi menyiasat isu ini dan mengambil tindakan yang bersesuaian mengikut ordinan tersebut.

Tian Chua berkata, permohonan itu telah pun diterima oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan, Dr Rahman Kadir melalui laman sosialnya mendedahkan beberapa pemimpin pembangkang didakwa bersikap biadab dengan mempersenda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu pada Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud akan me ngam bil tindakan saman terhadap facebooker dan blog-blog yang mengaitkan beliau berhubung isu menghina Raja-Raja Melayu.

“Ini kali pertama saya ke majlis seumpama itu, saya rasa teruja tetapi tidaklah sampai saya bertindak menghina Raja. Itu fitnah. Saya akui ada berbual dengan rakan-rakan di sebelah saya, tetapi tidaklah terlalu bising dan bergelak ketawa tidak ingat dunia,” katanya.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat itu turut bersetuju jawatankuasa parlimen ditubuh bagi menyiasat isu terbabit.

Katanya, penyebaran fitnah itu telah mengaibkan beliau selaku Ahli Parlimen.

Artikel ni di ambil dari Sinar Harian yang membuka ruang yang luas untuk Pakatan Rakyat menegakkan benang yang basah tidak mengira peristiwa itu betul atau bohong. Kita sedia maklum Sinar Harian akhbar cari makan, sama dengan Berita Harian, Utusan, Harakah, Siasah, Kosmo, Metro dan akhbar lain yang terlaris di pasaran. 

Boleh sangatlah Sinar Harian menentukan tarikh tepat pertembungan dua mata antara Tian Chua dengan Dr. Rahman Kadir. Perlu ker Suruhanjaya diRaja ditubuhkan?? Sedangkan bukti jelas dan nyata..

Sama juga dengan Khalid Ibrahim yang menafikan laporan penyelewengan pasir di Selangor dengan mengatakan bukti sudah cukup tentang urusniaga pasir di Selangor. Bila terdapat bukti penyelewengan.. dia menolak pula Suruhanjaya diRaja dibentuk.

Pendek kata, Pakatan Rakyat ni akal tak ada.. Cakap ikut suka.. terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata.. binasa borrrrrrrrrrr..

Sudah terang lagi bersuluh.. Pakatan Rakyat mencari cara saja nak menyalak bukit. Huwahuwahuwa.. pordahhhhhhhhhhhhhh..