Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 19 April 2012

"Anwar bukan pemimpin sejati!!", Tegas Datuk Rosnah Shirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

 

Pendedahan berani dilakukan Raja Petra Kamaruddin tiga hari lalu membuatkan kredibiliti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin merudum dan Anwar dianggap tidak mampu menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Bekas Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, Anwar bukan lagi pilihan rakyat, kebanyakan orang yang pernah rapat dengan beliau sudah menjauhinya.

“Anwar sudah hilang kredibiliti untuk memimpin kerana soal moral yang semakin jelas membayangi beliau. RPK seorang yang berani untuk nyatakan secara terbuka.

“Saya mengingatkan mereka yang masih bersama Anwar untuk mengambil sikap sama untuk tidak berkompromi dalam isu moral seorang pemimpin dan bersuara secara terbuka demi menyelamatkan umat dan negara dari terus diheret kehancuran,” katanya.

Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar juga menyifatkan Ketua Pembangkang itu tidak pernah insaf.

Terdahulu, bekas sahabat karib Anwar, RPK membuat kejutan dengan mendedahkan Anwar Ibrahim terlibat isu moral dan tidak sepatutnya menjadi pemimpin Malaysia.
 
Katanya, Malaysia adalah sebuah negara Islam yang konservatif dan gaya hidup Anwar serta cita-cita politik beliau tidak boleh disatukan.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, pendedahan dibuat RPK itu merupakan bukti terbaru yang Anwar bukanlah pemimpin sejati, tetapi sarat dengan kepentingan peribadi.

“Anwar bukan sahaja bergelut dengan isu moral, malah terjebak krisis identiti diri apabila satu demi satu salah laku beliau terbongkar di mahkamah. Terpulang kepada PKR untuk mencalonkan pemimpin yang buruk moralnya pada pilihan raya akan datang.

“Namun, bukankah PKR sering membangkitkan perihal perilaku pemimpin kononnya mesti bersih dan suci sebelum boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang,” katanya pada Sinar Harian, semalam.

No comments:

Post a Comment