Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 8 March 2012

Tengku Mahkota Pahang sangat murka dengan PKR



“Jangan kaitkan nama saya dengan kes khalwat itu.” Demikian titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menafikan terbabit dalam penangkapan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron pada 25 Februari lalu.

Baginda bertitah, dakwaan tersebut tidak masuk akal kerana baginda berada di luar negara ketika kejadian tersebut.

“Saya hanya mahu mengetahui siapa yang ditangkap atas dakwaan khalwat tersebut dan itu tidak bermakna saya terlibat dalam insiden tersebut.

“Kenyataan itu merupakan sesuatu yang mengejutkan kerana saya tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak apatah lagi terlibat dalam kes itu,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah, baginda tidak boleh mencampuri perkara itu kerana ia adalah masalah peribadi pemimpin terbabit.

“Saya juga tidak memihak kepada mana-mana dan biarlah pihak berkuasa yang melakukan siasatan sehingga kes itu selesai,” titahnya.

Pada 25 Februari lalu, pemimpin PKR Selangor itu ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita yang juga isteri orang di sebuah hotel di Balok.

Pasangan itu diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi.

Bagaimanapun, Badrolamin mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

Beliau berkat,a kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Tengku Abdullah mahu persiapan untuk kejohanan Sukma ke-15 yang bakal berlangsung Julai nanti berada di tahap terbaik.

Titah baginda, kontraktor yang dilantik menjalankan kerja naik taraf venue terlibat perlu memastikan bahan yang digunakan berkualiti dan selamat.

Tengku Mahkota juga tidak mahu berlaku sebarang kecacatan dan masalah timbul sewaktu kejohanan berlangsung.

“Walaupun terdapat venue yang mengalami kelewatan seperti kolam renang disebabkan faktor bekalan bumbung, namun kita harap mereka dapat membuat kerja mengikut spesifikasi dan jadual yang ditetapkan.

“Kita tiada kompromi kerana mereka sudah berjanji justeru mereka perlu bekerja keras agar kerja naik taraf dapat siap dalam tempoh sebulan,” titahnya kepada pemberita pada sidang media selepas melawat persiapan tiga venue Sukma ke 13, di sini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Wan Adnan Wan Mamat serta jawatankuasa Sukma negeri.

Tengku Abdullah bertitah, baginda yakin masalah yang timbul dapat diatasi dan berharap jawatankuasa terlibat dapat memantau kerja naik taraf yang dijalankan.

Pada sesi lawatan itu, Tengku Abdullah meninjau beberapa venue kejohanan iaitu di Stadium Darul Makmur, stadium Hoki, kolam renang dan Sukpa.

No comments:

Post a Comment