Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 7 March 2012

GEMPAKS !! Anwar terlondeh..

Gambar ehsan : idealismalaysia.blogspot.com

 
Anwar mana la nak mengaku kenyataan di bawah ni. Seboleh-bolehnya dia akan pusing apa saja fakta yang dikeluarkan oleh diri sendiri. Tidur sebantal pun dia sanggup asalkan hasrat menjadi Perdana Menteri Gay pertama di Asia Tenggara dicapai. 
 
Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) bagi menggulingkan kerajaan ternyata benar apabila ia diakui sendiri beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah mereka mendakwa, bantuan latihan serta kewangan disalurkan AS dalam menjayakan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai boneka tidak terhad menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semata-mata sebaliknya turut melibatkan parti PKR.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, perkara itu telah lama berlaku dan beliau sendiri pernah melalui pengalaman dididik dengan doktrin demokrasi ala AS yang menjunjung tinggi nilai kebebasan bersuara dan kesamarataan dalam masyarakat.

Sambil mengakui doktrin tersebut berbahaya kepada kelangsungan Malaysia, Anuar berkata, prinsip berkenaan kini dipegang erat PKR sehingga Anwar sendiri sanggup menyokong kebebasan seksualiti meskipun bertentangan dengan budaya dan agama Islam.

"Pengalaman saya sendiri menjadi saksi bagaimana bantuan dalam bentuk kewangan dan latihan disalurkan secara berkala oleh AS melalui Institut Demokrasi Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) serta sebuah NGO dari Jerman.

"Kami dididik bukan sahaja untuk membawa demokrasi ala AS bahkan turut diajar supaya menyerang pelbagai institusi penting di negara ini antaranya institusi raja-raja, badan kehakiman dan polis bagi membangkitkan kemarahan rakyat sekali gus menjayakan kebebasan bersuara.

"Sebab itu, hari ini muncul pelbagai NGO yang menuntut perkara tidak logik tetapi mendapat sokongan pembangkang khususnya PKR seperti kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Semalam, Dr. Mahathir mendakwa sokongan AS terhadap Anwar bagi menjayakan perubahan kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi NGO tertentu semakin jelas apabila perkara tersebut dilaporkan sendiri oleh media di negara Uncle Sam itu.

Perkara sama diakui bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairudin yang mendakwa, Institut Kajian Dasar (IKD) iaitu sebuah badan pemikir yang rapat dengan Anwar merupakan salah sebuah NGO yang mendapat dana asing.

Menurutnya, negara ini bakal kembali 'dijajah' oleh kuasa asing jika rakyat merelakan Malaysia dipimpin Anwar kerana Ketua Pembangkang itu terpaksa menuruti segala kehendak AS memandangkan beliau telah sekian lama mendapat bantuan kewangan.

"Kami pernah melalui pengalaman tersebut dan kini tersedar kerana tidak mahu negara kembali dijajah.

''Hubungan Anwar yang terlalu rapat dengan pemimpin neo konservatif di AS sangat berbahaya kepada negara dan rakyat perlu menyedari perkara ini," katanya.

Sumber : Memang Amerika bantu Anwar

No comments:

Post a Comment